Seekor kucing telah ditangkap selepas terkantoi dengan pegawai penjara di Panama selepas cuba untuk memasuki kawasan penjara dengan pelbagai jenis dadah yang diikat di dalam kantung kain pada lehernya.
Menurut laporan AFP, kucing berkenaan telah ditahan diluar Penjara Nueva Esperanza, utara ibu kota Panama City, yang menempatkan lebih 1,700 tahanan
Dalam kantung yang diikat pada leher kucing itu terdapat tiga jenis dadah yang dipercayai cocaine, crack dan marijuana, kata Pengarah Penjara Panama, Andres Gutierrez.
Tambah beliau lagi, ini bukanlah kali pertama perkara seperti itu berlaku. Tahanan mengumpan haiwan yang digunakan untuk tujuan penyeludupan dengan memberikan makanan kepadanya. Seterusnya, tahanan mengambil bahan seludupan tersebut yang telah dibekalkan oleh orang di luar penjara.
Haiwan yang terlibat dan tertangkap dalam proses penyeludupan seperti ini akan dibawa ke pusat jagaan haiwan.
Korang boleh tengok video @criticaenlinea kat bawah ni dimana sekumpulan petugas penjara berjaya menangkap kucing tersebut dan membuka kandungan kantungnya.
#SucesosCri Momentos de la captura del narco gato que transportaba sustancias ilícitas a la cárcel Nueva Esperanza, Colón. Una fundación solicitó la libertad condicional para que se rehabilite y deje el mal vicio. Fiscalía de Drogas remitirá el gato a la fundación. @CortezDelfia pic.twitter.com/85jmBmKpSq
— Diario Critica.Pa (@criticaenlinea) April 16, 2021
Baca: “Apa nak jadi!” – Sanggup Gunakan Al Quran Dan Sejadah Untuk Seludup Dadah Ke Luar Negara