in

Takkan Ada Solat Berjemaah Dalam Masjid Di Kelantan Sepanjang PKPB

Solat3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lain pula di Kelantan, Sinar Harian melaporkan bahawa tiada kebenaran untuk rakyat melakukan solat berjemaah terutama tarawih dan solat Jumaat di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh  Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.


 

“Hanya pegawai–pegawai masjid sahaja dibenarkan hadir untuk melaungkan azan, solat Jumaat di masjid, solat fardu lima waktu, dan solat sunat tarawih”

710888

Bagaimanapun, pegawai masjid yang hadir  perlulah  mematuhi arahan menjaga keselamatan dan perlu melepasi saringan pemeriksaan kesihatan di pejabat kesihatan daerah terdekat.

Tambahnya lagi, jika ada gejala-gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema adalah tidak dibenarkan.

Sebelum ini,,  kerajaan Perlis telah memberi kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini sebagai permulaan bagi membolehkan syiar Jumaat dihidupkan kembali di negeri itu.

Namun Yang Dipertuan MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin  tidak mengizinkannya kerana ancaman wabak Covid-19.

 

Baca : [TERKINI] Solat Jumaat & Berjemaah Dibenarkan di Masjid, Surau Terpilih di Wilayah Persekutuan – Dr Zulkifli

Solat 4

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.