in

“Takde hati perut!” – Kronologi Pembunuhan Kejam Dr Moumita Debnath, Dir*gol Hampir 20 Lelaki Ketika Sedang Berehat

Collage 28

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Kecoh di media sosial selepas kisah mengenai pembunuhan kejam Dr Moumita Debnath yang dibunuh ketika di tempat kerjanya tular. Ekoran kekejaman yang berlaku ke atas doktor ini, wanita di India telah membuat protes di jalanan bagi menuntut keadilan.

Bayangkan nasib wanita-wanita di India sekiranya doktor sendiri tak selamat di tempat kerjanya. Apa yang berlaku ke atas Moumita? Baca kisah tragisnya dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: Pasangan ‘Traveller’ Dari Sepanyol Kongsi Kisah Tragis, Kena Rompak & Isteri Kena Rogol 7 Lelaki Di India

Artikel berkaitan: Lepas 30 Tahun, Anak Berjaya Tangkap 2 Lelaki Rogol Ibu Sampai Hamil Ketika Berusia 12 Tahun

Dibunuh ketika sedang berehat di hospital

Mqdefault

Pada malam 8 Ogos lalu, seorang doktor wanita berusia 31 tahun telah menghabiskan tugasnya seperti hari-hari sebelum ini. Selepas menamatkan syif pada malam itu, Dr Moumita Debnath telah makan bersama doktor-doktor junior pada jam 2 pagi.

Kepenatan kerana bekerja selama 36 jam, Moumita membuat keputusan untuk merehatkan diri dengan menyiapkan diri untuk tidur di dalam bilik seminar yang digunakan untuk pekerja-pekerja hospital yang terpaksa bekerja lama pada waktu malam.

Tapi apa yang dia tak tahu, ini merupakan kali terakhir dia akan pejamkan mata dengan rasa tenang dan selamat.

Keesokan paginya, Asisten Superitendan Dwaipayan Biswas telah memberitahu keluarga Moumita bahawa anak perempuan mereka telah mati kerana membunuh diri. Tapi bila keluarga ini tiba di hospital, mereka terpaksa menunggu di luar selama tiga jam dan tak dibenarkan untuk melihat mayat anak mereka.

Apabila keluarga ini akhirnya dibenarkan untuk melihat anak perempuannya, mereka terkejut melihat keadaan Moumita yang terbaring tanpa ditutup. Kakinya berada dalam posisi sudut 90 darjah menunjukkan yang dia mengalami kecederaan yang teruk di bahagian tulang pelvik.

Gvolyqvbeaaaej1

Tak cukup dengan itu, mayatnya ini bukan ditemui di dalam bilik seminar tapi di bilik berhadapan bilik seminar yang sedang dalam pembinaan. Pendedahan ini menyebabkan keluarganya mempersoalkan punca utama kematian anak perempuan kesayangan mereka ini.

Laporan bedah siasat mendedahkan kekejaman yang berlaku ke atas Moumita Debnath

Gvolzhkboaauax2

Laporan awal bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Moumita Debnath telah mendedahkan bahawa dia telah dirogol dan dicekik sehingga mati. Sebanyak 150ml air mana telah ditemui pada tubuh doktor wanita ini iaitu satu jumlah yang jauh lebih banyak berbanding air mani yang dikeluarkan oleh seorang lelaki iaitu hanya sekitar 10ml sahaja.

Selain itu, tulang hyoid (tulang leher) patah, luka pada bibir, tulang pelvis iaitu antara tulang paling kuat pada tubuh manusia patah, pendarahan dari mulut, kerosakan dan pendarahan pada kedua-dua belah mata, kecederaan pada perut dan kaki kiri, jari manis patah, dan beratus-ratus kesan gigitan dikesan pada seluruh tubuhnya.

Tak cukup dengan itu, dia juga mempunyai kecederaan yang teruk di bahagian perut dan dan pendarahan di bahagian alat sulit.

Kakinya juga ditemui dalam kedudukan sudut 90 darjah. Betapa kejam penjenayah yang sanggup berbuat demikian kerana tulang pelvis sendi terkuat dalam tubuh manusia yang memerlukan kekuatan antara 2,000 hingga 10,000 Newton untuk memecahkan kapsul pelvis dewasa.

Selain itu, terdapat tanda-tanda pergelutan pada wajahnya yang dipercayai disebabkan oleh kuku suspek menunjukkan doktor wanita itu cuba melawan.

Malah menurut sumber di laman sosial X, difahamkan lebih kematian doktor berkenaan didakwa melibatkan 18 hingga 20 orang lelaki manakala salah seorang yang memegang tangan Moumita sepanjang penyeksaan itu adalah doktor wanita yang merupakan rakannya!

Kecuaian pihak polis dan hospital

Gvqjigea4Aad20T

Selepas kejadian yang berlaku ke atas Moumita mendapat liputan berita, pelbagai dakwaan dan pendedahan telah tular di media sosial sehingga menyebabkan berlakunya banyak spekulasi tentang kematian Moumita.

Mana tidaknya, apabila Moumita dikatakan telah dirogol beramai-ramai, pihak polis telah menafikan perkara ini. Malah, pihak hospital sendiri tidak mengambil serius tentang perkara ini dan hanya membuat laporan selepas keadaan telah menjadi huru hara.

Malah ibu bapa Moumita juga turut meluahkan rasa tidak percaya mereka terhadap pihak polis Kulkata dan takut siasatan ke atas pembunuhan anak mereka ini tidak akan dijalankan dengan betul dan pelaku-pelakunya akan terlepas.

Pada 13 Ogos, Mahkamah Tinggi Kolkata telah mengarahkan polis negeri untuk menyerahkan kes ini kepada Biro Siasatan Pusat (CBI) kerana tak berpuas hati dengan siasatan yang dibuat setakat ini.

Pada malam 15 Ogos, seramai 7,000 orang telah pergi ke tempat kejadian untuk menghapus dan memusnahkan bukti. Pihak polis pula seperti tak mampu untuk menghalang perkara ini daripada berlaku menyebabkan orang ramai kecewa dengan perkara ini.

Ekoran ini, Mahkamah Tinggi juga turut mengkritik Menteri Hal Ehwal Negeri Bengal, Mamata Banerjee serta polis negeri kerana gagal mengawal situasi ini. Lebih-lebih lagi apabila orang ramai boleh senang-senang untuk masuk ke kawasan tempat kejadian.

Seorang suspek ditahan, ada kena mengena dengan polis?

R G Kar Doctor Rape 1723370926879 M

Sanjay Roy iaitu Pembantu Sivik telah ditahan reman oleh pihak polis sehingga 23 Ogos selepas earphone miliknya ditemui disamping mayat Moumita. Sanjay dikatakan telah mengaku melakukan jenayah kejam tersebut. Malah turut mencabar pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman gantung ke atasnya.

Dikatakan, suspek yang merupakan seorang sukarelawan polis ini mempunyai akses di seluruh pusat kesihatan. Dia juga pernah ditugaskan di pos polis dekat kolej perubatan dan selalu menjadi orang tengah untuk pesakit-pesakit yang dikenalinya.

Tidak hanya itu, polis Kolkata juga dipercayai menemui pelbagai kandungan pornografi keterlaluan pada telefon bimbit Sanjay.

Beliau yang merupakan bekas petinju mempunyai rekod jenayah lampau penderaan isteri dan telah berkahwin sebanyak empat kali!

Sanjay juga dikatakan rapat dengan beberapa pegawai kanan polis dilantik sebagai anggota unit kebajikan Polis Kolkata dan ditempatkan di pos polis di R.G. Kolej & Hospital Perubatan Kar.

Selepas melakukan jenayah itu, Sanjay dipercayai menuju ke berek polis dan tidur sehingga pagi.

Protes besar-besaran di seluruh negara

Indias Doctors Strike After Female Colleagues Alleged Rape Murder

Selepas berita mengenai Moumita Debnath tersebar, ramai wanita di seluruh India telah turun ke jalanan untuk membuat protes besar-besaran. Protes ini dilakukan kerana kes ini telah menjadi bukti bahawa wanita-wanita India berada dalam situasi yang tidak selamat.

Malah, Indian Medical Associatan (IMA) turut melakukan protes di seluruh negara di mana para doktor telah turun untuk protes dan tak hadir kerja selama 24 jam bermula dari jam 6 pagi 17 Ogos sehingga 6 pagi 18 Ogos bagi mendesak keselamatan di hospital ditingkatkan terutamanya untuk doktor wanita.

Lebih menyedihkan, tragedi yang berlaku ke atas Dr Moumita ini bukanlah satu kes yang pertama pernah berlaku. Beberapa doktor lain seperti Dr Aradhya, Dr Priyanka Reddy, Dr Shweta Sinha dan Dr Anjali Sinha turut pernah mengalami perkara yang sama.

Malah kalau kita tengok statistik jenayah di India, sebanyak 31,516 kes rogol telah berlaku pada tahun 2022 iaitu lebih kurang 86 kes rogol berlaku setiap hari.

Jadi korang bayangkan, kalau benda ni boleh berlaku pada wanita yang berpelajaran, macam mana pula nasib yang perlu dilalui oleh wanita-wanita lain di India yang tak ada suara?

Gvqlamuawaa86Oj

Sehingga kini, petisyen dalam talian di change.org bertajuk ‘Siasatan Adil dan Keadilan untuk Rogol dan Pembunuhan pelatih perubatan dari Kolkata!’ telah menerima hampir 150,000 sokongan dari seluruh dunia.

Harap Dr Moumita dapat keadilan yang sewajarnya dan orang-orang yang bersalah dihukum dengan seberat-beratnya.

Sumber: X, HP