Seekor gajah yang sedang mengandung mati dalam keadaan yang mengerikan selepas penduduk tempatan didakwa suapkan binatang malang ini nanas berisi mercun ke dalam mulutnya di Kerala, India.
Mercun tersebut dikatakan telah meletup di dalam mulutnya menyebabkan kecederaan yang parah dan membawa maut. Insiden menyayat hati ini diceritakan oleh pegawai perhutanan di daerah utara Malapupuram, Kerala di Facebook.
Mohan Krishnan yang juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam pasukan untuk menyelamatkan gajah ini berkongsi yang haiwan liar ini telah berkeliaran di kampung berhampiran untuk mencari makanan dan penduduk kampung di sana telah berikan nanas berisi mercun.
Dia percayakan semua orang. Bila nanas yang dia makan meletup, dia mesti terkejut dan terus fikirkan anak dalam perutnya yang bakal lahir lagi 18 ke 20 bulan.”
Mulut dan lidah gajah malang ini cedera parah bila dia terus berjalan keliling kampung dalam keadaan masih lapar dan kesakitan. Tapi disebabkan kecederaannya, haiwan ini tak dapat makan apa-apa.
Walaupun dia berlari dalam keadaan sakit di kawasan kampung tersebut, gajah ni tak cederakan satu manusia pun malah tak ada satu rumah pun yang rosak disebabkan dia.” Allahuuuu
Akhirnya, gajah ini pergi ke sungai berdekatan dan berdiri di dalam sungai sambil mulut dan belalainya dibiarkan di dalam air, mungkin untuk kurangkan kesakitan dan cuba elak dari lalat dan serangga lain hinggap ke lukanya.
Pasukan penyelamat kemudiannya membawa dua gajah untuk umpan gajah malang ni naik ke darat tapi tak berjaya.
Setelah beberapa jam cuba selamatkan gajah ni, jam 4 petang, 27 Mei lepas, gajah ni mati sambil berdiri dalam air. Pasukan penyelamat kemudiannya bawa naik gajah ni dan bakar bangkainya di dalam hutan.
Dia perlukan upacara pengebumian yang terbaik. Sebab tu kami bawa dia ke dalam hutan menggunakan lori dan baringkan dia di atas kayu api dalam hutan tempat dia membesar dan bermain.
Doktor yang jalankan bedah siasat bagitahu saya yang dia tak keseorangan. Saya boleh nampak kesedihan doktor tu dari riak mukanya walaupun dia pakai topeng.”
Allahu, manusia apa yang kejam macam ni? Hati busuk!
Baca: “Weh kesiannya” – Sekumpulan Gajah Hilang Tempat Tinggal Lepas Hutan Ditebang