in

“Takda pasal cari pasal” – Dua Beradik Buat Aksi ‘Shampoo’ Rambut Atas Motor Sebab Nak Viral

Feature Image Bodoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni orang sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan perhatian daripada netizen. Banyak benda viral yang tak masuk akal di buat hanya disebabkan ia boleh dijadikan sebagai content.


Baru-baru ini, dua orang wanita telah membuat aksi mereka membasuh rambut dengan menggunakan shampoo sambil menunggang motosikal diatas jalan raya, manakala individu lain bertindak merakam aksi mereka itu

https://www.instagram.com/p/B6AIXelglTG/?utm_source=ig_web_copy_link

Menurut portal sosok, kejadian ini dikatakan berlaku di Jalan Raya Meri, Kota Mojokerto, Indonesia.

Dalam video itu jelas kelihatan dua orang wanita yang berada dekat atas motosikal sambil rambut mereka sudah basah dan dilumur shampoo sebelum wanita yang berada di tempat duduk belakang memangku besen yang dipercayai mengandungi shampoo.

3 1
Sumber: instagram

Aksi berbahaya mereka itu telah dirakam dan di muat naik dekat media sosial. Mereka juga mengaku bahawa perbuatannya itu adalah demi memenuhi content di media sosial dan ingin viral kan diri masing-masing.

Namun, tidak lama lepas video itu viral di media sosial, mereka berdua telah menjadi buruan polis disebabkan tindakan berbahaya yang dilakukan. Katanya, tindakan mereka itu boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang awam yang berada di kawasan sekitar.

5Df8Ce5746C11
Sumber: sosok

Tapi mereka dikatakan sudah kena tahan dengan pihak polis bagi membantu siasatan. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 3 bulan dan denda.

Haish, macam-macam kan perangai orang sekarang ni? Demi nak kejar viral, sanggup je buat apa sahaja termasuklah benda yang boleh mengancam keselamatan diri.

 

Baca: “Lama gila jadi anak dara!” – Viral Makcik Umur 56 Tahun Akhiri Zaman Anak Dara, Mekap Dia Gempak Oi!

Kpb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.