Pempengaruh dan ikon fesyen Malaysia, Wak Doyok menepis pertanyaan netizen jika dirinya berminat untuk sertai puak fesyen ‘Old Money Club’ yang kini sedang hangat menjadi buah mulut netizen.
Bagi Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, dia lebih selesa ‘bergerak sendiri’ daripada menyertai mana-mana kelab kerana orang sudah kenali dirinya.
Artikel berkaitan : Netizen Dakwa Perfume Baru Keluarannya Ciplak Dior Sauvage, Ini Respon Wak Doyok
Artikel berkaitan : Disebut Sebagai Tony Stark Celup Oleh Netizen USA, Wak Doyok Tenang Terima Kritikan
Kenyataan tersebut diberikan menerusi ruangan komen daripada satu hantaran Wak Doyok di TikTok yang telah meraih lebih daripada 300K jumlah tontonan dalam masa 23 jam.
Video tersebut memperlihatkan dirinya berada di dalam satu kenderaan sambil berpakaian sut kemas besertakan kapsyen, ‘The Gentlemen Style’.
@wakdoyok8055 The gentleman style 🫶🏻 naik public transport aje. #oldmoney #gentleman #suit #style #fyp #foryoupage #foryou #europa🇪🇺
Melihat video tersebut, netizen terpanggil untuk bertanyakannya sama ada berminat untuk sertai ‘gerakan’ tersebut atau tidak. Malah, ada juga netizen yang memuji Wak Doyok bahawa beliaulah pelopor gaya-gaya lelaki ala ‘Old Money’ tersebut.
Min tengok Old Money betul-betul yang Melayu punya tak macam tu pun?
Sumber : TikTok