Kalau korang pernah tengok movie Nim’s Island, mesti pernah nampak fenomena ‘bioluminescence wave‘ atau ombak berwarna yang terhasil dari tindakbalas kimia yang membolehkan kehidupan laut bercahaya dalam gelap.
Kebiasaannya fenomena yang menjadikan air laut bercahaya dan bersinar ini lebih kerap dilihat di luar negara dan sekiranya berlaku di Malaysia, ianya boleh dikatakan kejadian yang agak ‘rare’.
Pun begitu, baru-baru ini seorang wanita telah kongsikan kejadian tersebut yang disaksikan oleh dirinya bersama keluarga di Pantai Penarik, Terengganu di akaun TikTok miliknya @mahiramanina.
@mahiramanina Selalu nampak dkt luar negara, tak sangka rezeki dpt nampak depan mata 😍 #tiktokmalaysia
Difahamkan, ia merupakan pengalaman pertama buat wanita yang dikenali sebagai Mahira ini bersama keluarganya menyaksikan fenomena alam yang sering berlaku di luar negara itu. Kedengaran juga reaksi teruja mereka dalam video tersebut.
“Yess, selama ni tgk online je. Rezeki sangat malam tu dapat tengok. Esoknya dah tkde sebab hujan” – Ujar Mahira
“Serious lawa gila!”
Perkongsian yang dimuat naik pada 28 Mac itu ternyata telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut teruja menyaksikan sendiri fenomena ombak bercahaya itu walaupun hanya menerusi skrin telefon masing-masing.
“Ramai dpt tgk bila awk share… tq²” – Komen netizen
Difahamkan fenomena itu terhasil dari kehidupan laut yang memancarkan sinar dari badan mereka untuk melindungi diri serta mengelirukan pemangsa selain dari menjadikan daya tarikan untuk mencari pasangan.
Wah… Mesti cantik je kan kalau dapat tengok depan-depan? Pengalaman yang jarang-jarang orang dapat ni! Untungnya awak, Mahirah!
Baca: “Memang real” – Ramai Teruja Dapat Saksikan Fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ Di Sekitar Putrajaya & KL