Semalam kecoh mengenai bekas selebriti nasyid tanah air, Suhaimi Saad yang mengalami masalah mata hingga membataskan pergerakannya.
Suhaimi Saad dikatakan berkongsi mengenai penyakit mata yang dialaminya itu pada sesi siaran langsung Instagramnya pagi tadi.
Menurutnya, terdapat beberapa kumpulan ustaz dan perawat yang risau akan penyakitnya yang berkemungkinan berpunca daripada buatan orang.
“Kalau berjumpa doktor, mereka akan membuat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz dan perawat, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu. Allahualam.
“Saya percaya dengan ilmu sihir dan santau tapi saya juga berikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani. Saya juga percaya pada ubat-ubatan,”
Suhaimi tidak nafikan dia juga pernah melakukan konsultasi untuk melakukan pembedahan lasik, namun memandangkan kos rawatan yang mencecah RM8,000 hingga RM12,000, dia terpaksa menangguhkan hasratnya itu lapor Astro Gempak.
Oleh itu, saya ikhtiarkan cara yang mudah dan murah yang lain seperti urutan mata, makanan tambahan dan kaedah rawatan tradisional. Yang penting cara itu halal dan saya sentiasa yakin yang menyembuhkan itu Allah,”
“Cara tradisional itu biarlah rahsia. Saya tiada komen sebab tahu ramai haters yang akan mengecam kalau salah jawab,”
Bagaimanapun menurut Suhaimi, dia redha dengan penyakit yang dialaminya selain turut melihat penyakit ini dari sudut yang positif.
“Mata saya tiada katarak dan tiada selaput. Mungkin masalah dalaman. Allah nak bataskan penglihatan supaya saya tidak berbuat dosa mata dan tengok benda-benda tak elok.
“Saya reda kalau disembuhkan atau tidak sebab saya sudah terbiasa dengan keadaan ini. Banyak hikmahnya apabila mata saya tak nampak. Saya tak mengata orang dan tak berfikiran negatif.
Bagaimanapun memikirkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta tidak mahu membebankan isterinya, Ina Naim, Suhaimi nekad mendapatkan rawatan bagi sakit matanya itu.
“Tapi saya nak berubat sebab saya fikirkan tanggungjawab. Apabila mata kabur, saya susahkan Ina untuk memandu ke sana ke sini buat kerja. Saya nak membaca sekarang pun terpaksa minta tolong anak-anak,”
Suhaimi yang mengalami penyakit mata yang dialaminya itu menyebabkan penglihatannya menjadi kabur, kelabu dan silau.
Siaran langsung yang dibuat Suhaimi turut dihujan dengan pertanyaan dan doa dari peminat penyanyi tersebut.
Baca : Suhaimi Saad Kini Alami Sakit Mata Kronik, Ina Naim Perlu Pimpin Jika Mahu Berjalan