in

“Tak takut maut, risau bila kes naik je” – Netizen Geram Dr Adham Cakap ‘Rakyat Alpa Tak Ikut SOP’

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kes mencecah jumlah tertinggi Sabtu lepas, angka positif Covid-19 nampaknya macam tak ada tanda-tanda akan turun.


Di sidang media semalam pula, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham mengatakan ada sebanyak 293 kes baru di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,381 kes dan 292 dari kes ini adalah jangkitan tempatan.

8C5630Bc Ccc5 4C23 9A67 4Be0D687E09E

Sementara itu, semalam juga, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah meminta rakyat Malaysia untuk lebih peka dalam mengikuti SOP dan mengamalkan penjarakan sosial setiap masa, lapor Harian Metro.

Ei M38Au0Aauizs

Ketika berucap dalam satu majlis pelancaran, Dr Adham mengatakan, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, ada rakyat yang bersesak-sesak ketika membeli belah dan tak pakai pelitup muka semasa menggunakan lif.

“Bagaikan tidak takut maut. Mereka hanya risau dan takut apabila mendengar kes meningkat dan bila ada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tempat-tempat tertentu.

Menerangkan lebih lanjut, Dr Adham meminta norma baharu ini terus dipraktikkan oleh rakyat sepanjang masa dan bukan ketika kes naik sahaja.

Ekoran dari kenyataan ini, ramai netizen yang geram dan mengatakan punca kes naik adalah disebabkan oleh pilihan raya yang dijalankan di Sabah, bukan kerana rakyat tak ikut SOP.

Screenshot 2020 10 05 At 10.06.12 Am Down

 

Baca: [TERKINI] Paling Tinggi Dalam Sejarah Malaysia! 317 Kes Positif, 121 Kes Sembuh & 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.