in

“Tak tahu nak nangis ke tak…” – [VIDEO] Keluarga Iringi Pengebumian Dengan Lagu Justin Bieber

Untitled Design 2022 06 03T134629.989

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengembumian sesebuah masyarakat dan kaum berbeza mengikut kepercayaan, seperti di Malaysia kita dapat lihat kepelbagaian cara dan ritual dalam hal kematian ini.


Tidak kira apa pun kepercayaan, kita dapat lihat satu hal yang sama iaitu menghormati si mati dan memberikan ‘pengakhiran’ yang sempurna buat mereka yang meninggalkan kita untuk selamanya.

Bagaimanapun, pernah tak anda semua terfikir jika ada yang mengiringi pengebumian dengan lagu penyanyi pop sensasi, Justin Bieber?

@madesurata0

#fyp jaman milinial.tumben ad permintaan seperti ini??

♬ suara asli – Made Surata585 – Made Surata585

Insiden luar biasa ini difahamkan berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Menurut kapsyen video TikTok yang dimuat naik oleh @madesurata0 itu, ia merupakan permintaan si mati untuk dinyanyikan lagu Ghost oleh Justin Bieber sebelum dikebumikan.

Malah, dalam video tersebut juga kelihatan seorang lelaki sedang mengacu mikrofon kepada orang ramai supaya suara semua orang dapat didengari.

Buat masa ini, tidak diketahui sama ada yang merakam dan menyiarkan video itu mengenali si mati secara peribadi atau dia sekadar menghadiri pengebumian tersebut.

“Tak pasti nak gelak ke nak sedih”

Video yang telah menerima lebih dari 3 juta tontonan tersebut sudah pastinya menarik perhatian netizen dan rata-rata sedikit keliru dengan ritual yang dilakukan. Malah, ada juga yang tag TikTok Justin Bieber di ruangan komen.

Jb

Mungkin cara mereka berbeza, apa-apapun takziah kepada si mati…

Baca: “Ingat lawak ke?”- [VIDEO] Buat TikTok Tolak Wawa Dari Bot, Aeril Didakwa Persenda Kematian Tangmo?

Ril… Mamah Pulang Dulu Ke Indonesia Ya.. Mamah Titipkan Kamu Dalam Penjagaan Dan Perlindungan Terbaik Dari Pemilikmu Yang Sebenarnya Allah Swt Dimana Pun Kamu Berada… 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.