Bila dengar je perkataan ‘hantu’, mesti korang terfikir ia sesuatu yang menyeramkan dan juga ngeri kan? Namun sama seperti manusia juga, dikatakan hantu ini tak semuanya jahat tau!
Malah, ada antara ‘mereka’ yang wujud semata-mata untuk tolong orang yang masih hidup. Kalau korang nak tahu, boleh baca je dekat bawah ni.
1. Hantu penolong juruterbang
Seorang juruterbang, Charles Lindbergh telah mencipta sejarah apabila dia berjaya merentasi Lautan Atlantik secara berseorangan tanpa henti dari New York ke Paris pada tahun 1927. Namun begitu, dia sendiri menjelaskan dalam bukunya yang dia tidak berseorangan semasa ekspedisi itu.
Katanya, dia ditemani hantu yang memberi mesej penting padanya mengenai perkara yang tak tercapai dalam kehidupan. Ada juga bukti yang mengatakan hantu tersebut memberi semangat padanya untuk tetap teruskan penerbangan walau diuji dengan kelaparan dan kepenatan.
Disebabkan itu, dia berjaya melakar namanya sebagai orang pertama merentasi lautan itu dengan kapalnya, Spirit of St. Louis.
Artikel berkaitan: Kisah Pekan ‘Hantu’ Yang Terpencil di Perak – Sejarah Sybil Kathigasu, Jururawat Pejuang Tanah Air Tapi Tak Ramai Kenal
2. Hantu penyambut tetamu
Hotel Fairmont Banff Springs yang terletak di Kanada ni telah dibina pada tahun 1888. Ia terletak di dalam sebuah taman negara iaitu di lembah Gunung Rundle. Walaupun cantik di pandangan namun, ia juga menyimpan sejarah pembunuhan dan kematian pengunjung sehingga digelar salah satu tempat paling berhantu di negara tu.
Akan tetapi, tak semua roh di sana jahat dan suka menakutkan manusia. Ada juga yang suka menolong orang seperti Sam Macauley yang merupakan bekas pekerja di hotel itu. Dipercayai, dia terus ‘bekerja’ di sana dengan membantu tetamu untuk mencari bilik mereka.
3. ‘Kawan’ di istana
Menurut Permaisuri Silvia, raja Sweden sendiri mengatakan bahawa Istana Diraja Drottningholm di Stockholm itu berhantu. Katanya, dia tinggal bersama ‘kawan hantu’ yang agak peramah dan tak menakutkan seperti hantu lain.
Sebagai contoh, roh penduduk yang popular di situ ialah Gray Man dan White Lady. Dikatakan, hampir semua raja Sweden yang pernah tinggal di situ melihat kelibat Gray Man dalam istana.
Manakala itu, hantu White Lady dipercayai merupakan roh seorang wanita bernama Agnes yang pernah tinggal dalam istana itu pada abad ke-14.
4. Hantu pemburu roh di China
Cerita rakyat di China mengenai hantu memang mengerikan. Tapi ada juga kisah hantu baik yang tolong orang tau seperti cerita Xie Bi An dan Fan Wu Jiu.
Menurut legenda China, waktu hidup, mereka berdua tersekat dalam hujan ribut. Jadi, Xie pergi berlindung di bawah jambatan manakala Fan pergi mencari sebuah payung. Akan tetapi, ombak yang besar telah menimpa Xie dan melemaskannya. Disebabkan itu, Fan bertindak menggantung dirinya kerana kehilangan Xie yang merupakan kawan baiknya.
Walaupun begitu, atas belas kasihan raja kematian, Yen Wang, mereka berdua telah ditawarkannya satu kerja iaitu menangkap roh orang jahat yang merayau dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Artikel berkaitan: “Kaki jadi kaku, macam lawan hantu” – Individu Dedah Pejuang Gaza Terima ‘Bantuan Ghaib’ Lawan Musuh
5. Istana Fanningstown
Istana di Ireland ni adalah antara tempat bersejarah di negara itu. Sebabnya, ia dipercayai telah dibina pada abad ke-13 dan telah dibaiki banyak kali sejak itu. Sudah tentu, tempat yang dah lama ada pasti ada kisah mengenai hantu yang berlegar dalam tempat itu.
Dikatakan, ada hantu yang menolong seorang tetamu untuk mencari dompetnya yang hilang dalam istana. Ramai percaya hantu tersebut merupakan pemilik lama istana itu yang bernama Dominick Fanning.
Kalau korang nak tahu, istana ni telah dijadikan sebagai tempat berkahwin dan rumah penginapan untuk masyarakat Ireland pada masa kini.
6. Hantu pengemas rumah
Siapa yang malas kemas rumah, korang memang patut malu dengan hantu ni yang bernama Domovoi. Sebabnya, hantu ni sangat rajin buat kerja-kerja rumah walaupun rupa mereka digambarkan buruk dengan tanduk dan badan yang berbulu lebat.
Menurut tradisi masyarakat Slavic, hantu ini dipercayai merupakan roh orang kenalan kepada penduduk rumah itu. Tambahan lagi, santapan kecil seperti cebisan roti, bubur dan tembakau yang disediakan membuatkan ‘mereka’ gembira untuk mengemas rumah.
7. Hantu jururawat
Yang terakhir ni pula berlaku di Hospital Stobhill yang terletak di Stockholm. Ia telah dibina pada tahun 1904 dan sejak dari itu, ia telah merakamkan banyak cerita yang menghantui hospital itu.
Dikatakan, seorang pelajar jururawat sedang mengekori seorang jururawat yang lain untuk bertanyakan soalan di dalam wad hospital. Akan tetapi, dia telah dibawa ke sebuah bilik di mana seorang pesakit tak sedarkan diri dan memerlukan bantuan perubatan. Namun begitu, kelibat jururawat hantu itu tidak dapat dikesan.
Sumber: StarsInsider