in

“Tak semua ‘sign’ senang nak nampak” – Kenali 7 Tanda-Tanda ‘Toxic Relationship’

Tak Semua Sign Senang Nak Nampak Kenali 7 Tanda Tanda Toxic Relationship

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang mahukan happily ever after bersama pasangan masing-masing. Tak ada siapa yang mahu hubungan mereka berakhir di pertengahan jalan.


Sampai ada yang sanggup untuk bertahan dalam relationship walaupun sedar yang hubungan mereka tidak sihat atau dalam kata lain, toxic.

Pada orang luar, tanda-tanda toxic relationship mungkin lebih mudah untuk dilihat. Tetapi, bagi mereka yang sedang dalam hubungan ini, tanda-tandanya mungkin sukar untuk dikesan.

Manly Slide E1613888727770

Menurut Dr Carla Marie Manly, ahli psikologi dan penulis buku ‘Joy From Fear’, tanda-tanda toxic dalam sesuatu hubungan boleh dilihat secara jelas atau sedikit tersembunyi.

Jom admin kongsikan tujuh tanda-tanda toxic dalam hubungan.

1. Kurang sokongan 

Pexels Photo 984949 E1613888913331
Gambar hiasan

Menurut ahli terapi hubungan, Jor-El Carabello, hubungan yang sihat selalunya berlandaskan sifat yang mahukan pasangan masing-masing berjaya dalam hidup.

Salah satu tanda toxic relationship adalah apabila setiap kali anda spend time dengan pasangan mesti tiada benda positif yang jadi. Ataupun, pasangan anda dah berhenti support anda dan semua pencapaian jadi satu pertandingan yang tidak sihat.

2. Cemburu buta

190506 Jealous Couple Feelings Ac 1111P 71Fae24C3Ead11B18C05F82991990B50 E1613889052570
Gambar hiasan

Kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Memang normal untuk berasa cemburu, tapi ia mungkin menjadi satu isu kalau perasaan tu menjadi tak terkawal dan berlaku tanpa sebab yang munasabah.

3. ‘Toxic communication’

Defensive E1613889932272
Gambar hiasan

Komunikasi adalah salah satu elemen penting dalam sesuatu perhubungan. Mengusik atau bergurau menjadi perkara yang biasa dilakukan di antara pasangan, conversation yang dipenuhi dengan sarcasm dan criticism melampau mungkin adalah tanda-tanda toxic communication.

Apabila hal ini berlaku, pasangan mungkin akan mula menjauhkan diri daripada satu sama lain dan hubungan akan menjadi renggang.

4. Kuat mengongkong

Controlling Relationship Slider Template 1024X394 1 E1613890127845
Gambar hiasan

Menyoal setiap masa mengenai keberadaan anda atau berasa marah tanpa sebab munasabah apabila anda tak membalas mesej atau menjawab panggilan mungkin menjadi tanda-tanda anda berada dalam toxic relationship.

Tak salah untuk mengambil berat terhadap pasangan tetapi ia haruslah tidak sampai tahap obses.

5. Tak jujur 

How Does Dishonesty Affect Relationships E1613890268752
Gambar hiasan

Mungkin sikap ini tak perlu dijelaskan secara panjang lebar.

Jika anda perasan diri atau pasangan mula menipu tentang keberadaan mereka atau sebagainya untuk mengelak menghabiskan masa bersama, itu mungkin salah satu tanda anda berada dalam toxic relationship.

Memang ada sesetengah individu yang mahukan alone time, tapi jika anda selalu sangat menipu pasangan dengan niat untuk tidak mahu spend time bersama, itu mungkin permulaan kepada satu masalah.

6. Kerisauan melampau

6A00E5521Cccd088340240A4F1F4C6200B E1613890368304
Gambar hiasan

Pernah tak anda ada perasaan macam anda berjalan atas kulit telur? Macam segalanya tak selamat dan anda perlu sangat berhati-hati dalam melakukan apa sahaja.

Jika anda mempunyai perasaan ini mengenai pasangan, ia juga adalah salah satu tanda ada mungkin berada dalam toxic relationship.

7. Abaikan keperluan diri

Istockphoto 1202792903 612X612 1 E1613890600110
Gambar hiasan

Menurut ahli psikologi klinikal, Dr Catalina Lawsin, apabila anda mula melakukan apa sahaja yang dimahukan pasangan walaupun benda itu anda tak rela atau tak selesa, ia adalah tanda-tanda ada berada dalam toxic relationship.

Tambah Dr. Lawsin lagi, dalam satu hubungan yang toxic, seseorang individu mungkin akan mula untuk tidak melakukan hobi mereka dan dalam sesetengah kes extreme, kesihatan diri juga diabaikan.

Jadi, ‘toxic relationship’ ni memang tak boleh dibaiki?

Buat anda yang tertanya sama ada toxic relationship ni memang bermakna hubungan anda tak akan kemana dan sebagainya, jangan panik dulu.

Kata Dr Carla Marie Manly, toxic relationship boleh berubah menjadi satu hubungan yang baik.

5848 Couple Bed Cuddling 1200X628 Facebook 1200X628 1 E1613890726456
Gambar hiasan

“Caranya mudah saja iaitu kedua-dua pasangan mahu untuk berubah dan berusaha bersama,” katanya.

Tambah doktor itu lagi, ada juga sesetengah kes dimana hanya salah seorang sahaja daripada pasangan yang mahu berubah, tetapi peratus untuk berjaya itu selalunya tipis apabila pasangan tidak bekerjasama membaiki hubungan mereka.

Sumber: Healthline

Baca: “Dia rogol, cucuh rokok & letak garam pada luka saya” – Remaja Kongsi Kisah Hubungan Toksik Dengan Teman Lelaki

Feat 12.54.03 Am E1613887299886

Sumber: JAE TALKS
Sumber: NBC News
Sumber: PIVOT
Sumber: iStock
Sumber: Healthline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.