Pelawak terkenal, Harith Iskander baru-baru ini telah menerima kecaman hebat netizen apabila memuat naik satu posting di Facebook yang didakwa telah menghina agama Islam.
Harith dalam posting itu telah meluahkan rasa ‘kelirunya’ sambil merujuk kepada sebuah menu minuman yang dikatakan boleh membuatkan ‘imannya tergugat’.
Dalam posting itu juga, terdapat komen yang dibuat oleh seorang individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
Artikel berkaitan: “Terima kasih bang” – Netizen Terharu Shahrol Shiro Bantu Warga Emas ‘Accident’ Tepi Jalan
Artikel berkaitan: “Saya tak baca cerita netizen” – Didakwa Curang Dengan ‘Influencer’;, Ini Jawapan Harith Iskander
Shahrol Shiro buat laporan polis
Susulan itu, bekas ahli kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi atau lebih mesra digelar Shahrol Shiro telah membuat laporan polis berhubung posting berkenaan.
Menerusi laporan polis yang dimuat naik di Instagram, Shahrol juga dilihat membuat laporan terhadap individu bernama Cecelia Yap Song KL.
Harith Iskander & Cecelia Yap, demi agamaku repot polis ON,” tulisnya.
View this post on Instagram
Shahrol menerusi laporan polisnya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana status Harith dan komen Cecelia itu masing-masing didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Sebagai pelawak tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut lebih sensitif lebih lagi melibatkan agama kita.
Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama kita.
“Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini,” katanya.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram