in

“Tak sedar lebih muatan” – Pesawat Pertama Buatan Indonesia Tersangkut Di Pintu Tol

Aa 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang pernah menonton filem Habibie & Ainun, mesti korang teringat akan kegigihan Presiden Indonesia, BJ Habibie dalam menghasilkan pesawat pertama buatan Indonesia.


Pesawat N250 yang dihasilkan pada tahun 1995 itu sudah pasti menjadi kebanggaan rakyat mereka sehingga ke hari ini.

A 1 13

Setelah lebih 2 dekad penghasilannya, pesawat ini akan dipamerkan di Muzium Pusat Angkatan Udara Indonesia, Yogyakarta di Jawa Tengah.

Namun, proses pemindahan pesawat tersebut tidak berlaku seperti yang dirancang apabila pesawat yang dalam perjalanan ke muzium itu tersangkut di pintu masuk plaza tol.

Kejadian berlaku apabila pemandu trak yang mengangkut kapal terbang berkenaan tidak sedar bahawa muatannya itu terlalu tinggi.

A1 8

 

Proses mengalihkan pesawat makan masa 3 jam

Menurut Pengurus Operasi Tol PT Trans Marga, Fauzi Abdurrahman, kakitangannya membantu untuk mengalihkan pesawat ke pintu gerbang yang lebih besar.

Proses untuk mengalihkan pesawat tersebut mengambil masa lebih 3 jam dan tiada sebarang kerosakan yang teruk pada pesawat mahupun pintu tol tersebut.

Pesawat N250 dikhabarkan telah selamat sampai ke muzium, lapor Astro Awani.

 

Baca: Lagi Bencana 2020 : Pesawat Air India Express Terbelah Dua Ketika Mendarat, 17 Maut

A2 6

Sumber: Kompas.com
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.