in

“Tak sangka masih ada penduduk” – Ini 6 Tempat Paling Terpencil Di Dunia

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau cakap pasal tempat paling terpencil, apa yang terbayang dalam kepala korang? Kalau dekat Malaysia mungkin kawasan Orang Asli atau tempat-tempat di Sabah dan Sarawak lah kot kan?

Tapi korang pernah tak terfikir macam mana rupa tempat paling terpencil di dunia? Kebanyakan tempat-tempat ni memang susah nak pergi dan ada juga orang-orangnya yang hidup hanya bergantung kepada hasil buruan dan tangkapan laut.


1. Alert, Kanada

Alert Nunavut Canada 116

Perkampungan kecil bernama Alert ini terletak di wilayah Nunavut di Kanada iaitu kira-kira 500 batu di bawah Kutub Utara. Dengan populasi seramai lima orang setahun, Alert merupakan salah satu tempat paling terpencil dan berbahaya di dunia.

94 Big

Dikelilingi oleh Lautan Artik, suhu di wilayah ini boleh mencecah sehingga serendah -40ºc. Selain itu, Alert juga terdedah dengan kegelapan seperti waktu malam selama 24 jam ketika musim sejuk dan siang berpanjangan selama 24 jam ketika musim panas.

Artikel berkaitan: “Macam alien” – 11 Haiwan Pelik Yang Korang Tak Tahu Wujud Di Sekeliling Kita

2. Tristan da Cunha

Tristan De Cunha Sign Mc 220713 02 6178E7

Terletak di bahagian selatan Lautan Atlantik, Tristan de Cunha merupakan satu kepulauan yang terdiri dari pulau-pulau kecil dan dianggap sebagai tempat paling terpencil di dunia. Ia dikelilingi oleh laluan yang berbatu dan air yang bergelora, pulau ini hanya boleh diakses menggunakan bot namun jiran terdekatnya iaitu Afrika Selatan dan Amerika Selatan terletak 1,700 dan 2,000 batu jauh dari tempat ini. Fuh

Shutterstock 1245807151

Terdapat seramai 271 penduduk yang menetap di pulau ini dan kebanyakan dari mereka bekerja sebagai petani atau pembuat kraf. Pun begitu, mereka di sana turut mempunyai rangkaian televisyen serta akses Internet melalui satelit.

3. Daerah Motuo, China

Motuo

Tersembunyi di Wilayah Autonomi Tibet di China, Daerah Motuo ialah salah satu wilayah paling terpencil di dunia, terputus sepenuhnya dari bandar-bandar sekelilingnya.

Cubaan untuk membuat jalan di dalam daerah tersebut tidak berjaya ekoran landskap yang tidak menentu kerana sering dilanda banjir lumpur dan runtuhan salji menjadikan ia salah satu tempat paling terpencil dalam tamadun manusia.

Motuo Trek2@Wikiloc

Kalau korang nak tahu, satu-satunya cara untuk masuk ke dalam kawasan ini adalah dengan meredah laluan beku melalui Himalaya dan menyeberang jambatan gantung. Namun begitu, ia merupakan satu perjalanan yang berbaloi sebab bila tiba di sana, kita akan menyaksikan hutan yang tebal dan subur mengelilingi landskap Tibet yang tak pernah diterokai ini.

4. Stesen McMurdo, Antartika

Mcmurdosign

Terletak betul-betul di bawah bumi, Antartika dah tentunya tempat paling terpencil di dunia. Walaupun tempat ini tak mempunya penduduk tetap ekoran kawasannya yang terlampau sejuk dan tak sesuai untuk didiami, ia sering mendapat kunjungan pengkaji dan saintis.

221103 Antarctica Mcmurdo Station 2016 Ac 1043P 5626Ca

Stesen McMurdo yang terletak di hujung utara Artartika merupakan pusat penyelidikan yang paling ramai penduduknya dengan seramai 1,200 saintis bekerja di kawasan tersebut. Walaupun tempat ini sangat-sangat terpencil, ia memiliki sebanyak tiga landasan udara, ini bermakna orang-orang di sana boleh mengakses kawasan ini dengan mudah dan ia dikelilingi oleh kemudahan-kemudahan moden.

Artikel berkaitan: Kiamat Iklim 2040 Dijangka Turut Melanda Malaysia, Ini Apa Korang Boleh Buat…

5. Ittoqqortoormiit, Greenland

1567 Large 0019342Fc1Bb125D4Bd32Ca5F8F26409

Tempat yang namanya susah disebut ini mempunyai seramai 500 orang yang tinggal di sana. Kampung terpencil ini terletak di pantai timur Greenland iaitu di utara Iceland.

Fakta menarik kalau korang nak tahu, Greenland merupakan negara yang dikelilingi oleh ais manakala Iceland pula dikelilingi kehijauan. Tak tahulah kenapa nama dorang buat orang keliru.

Jadi disebabkan kawasannya dikelilingi oleh ais dan airnya beku hampir sepanjang tahun, ia membuatkan kampung ini mustahil untuk diakses oleh bot dan lapangan terbang kecil di tempat ini juga sangat jarang menerima pesawat.

Kebanyakan dari penduduk di kawasan ini hidup dengan membunuh dan memancing di mana beruang kutub dan ikan paus merupakan haiwan yang paling sering diburu. Amboi, bukan kaleng kaleng makanan dorang.

6. Angle Inlet, Amerika Syarikat

56Bfbc 20200831 Northwest Angle 07

Terletak di Minnesota, Angle Inlet merupakan tempat kediaman untuk 150 penduduknya dan ia hanya boleh diakses melalui Kanada. Kawasan ini merupakan tempat yang sangat terkenal bagi kaki pancing.

A8C02A 20200605 Northwest Angle02

Kalau korang nak tahu, Angle Inlet ini hanya mempunyai beberapa kedai kecil dan sekolahnya pula hanya mempunyai satu kelas. Pelajar-pelajar di sana pergi ke sekolah mereka menaiki kereta salji pada musim sejuk dan bot pada musim panas.

Antara semua ni, mana yang korang rasa paling menarik nak pergi?

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.