in

Tak Sangka Malaysia Pun Ada Freestyler Hebat Setanding Sean Garnier

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak Sangka Malaysia Pun Ada Freestyler Hebat Setanding Sean Garnier

 
 
00:00 /
 
1X
 

Siapa sangka Malaysia sebenarnya ada ramai golongan belia yang sangat berbakat!


Terbaru, netizen terkejut dengan aksi ditonjolkan seorang pemuda bernama Zeem Ahmad yang mampu mengendalikan bola sepak secara freestyle.

“Cara untuk lawan rasa malu”

Dalam perkongsian di Twitter, Zeem pada awalnya nampak malu-malu.

Dia yang berada di Prague bagaimanapun mengambil kesempatan untuk buat aksi freestyle football tu dalam kesibukan laluan pelancong asing.

Good job!

Aksi, ‘trick’ menarik

Freestyle soccer atau freestyle football memerlukan seseorang melakukan aksi dan trick menarik selama 30 saat ke 1 minit, berdasarkan skill masing-masing menggunakan mana-mana bahagian badan.

Antara nama besar yang sering menjadi bualan adalah Billy Wingrove, Jeremy Lynch, Sean Garnier, Leamssi, Soufiane Touzani, Lisa Zimouche dan ramai lagi.

Sumber: ESPN
Sumber: Football Tube

Sertai pertandingan dalam negara, antarabangsa

Kiranya, bukan mudah ye nak buat aksi ni. Tapi pada yang tak tahu, Zeem Ahmad ni dah selalu join pertandingan-pertandingan di peringkat dalam dan juga luar negara.

Sumber: Instagram

Antara pertandingan yang dia dah pergi termasuklah Copenhagen Panna House 2016, Asian Freestyle Football Championship dan Redbull Street Stlye World Finals 2018.

Sumber: Instagram

Dan dia memang dah pernah jumpa nama-nama besar seperti Sean Garnier, Leamssi, Soufiane Touzani di luar negara.

Sumber: Twitter

Proud with your confidence!

Sejak dimuatnaik ke Twitter, ramai netizen yang support dan admire bakat Zeem ni.

Malah, diorang suggest dia untuk membuat satu program travel sambil buat aksi freestyling ni.

Sumber: Twitter

Semoga ada mana-mana pihak yang dapat ketengahkan lagi bakat Zeem Ahmad dan bagi liputan lebih besar di masa akan datang. Good luck, bro!

Baca: “Tak jemu tengok..” – Lihat Apa Ronaldo Buat Dekat Peminat Cilik Dia Yang Tak Henti-Henti Pandang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.