Kebelakangan ini kerap keluar berita-berita penganiayaan terhadap binatang lebih-lebih lagi jika mereka adalah haiwan jalanan yang tak bertuan.
Seperti makhluk ciptaan tuhan ini tiada nilainya.
Baru pagi tadi, Persatuan Haiwan Malaysia memuat naik satu lagi kes yang dipercayai ada unsur khianat berlaku di sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru Johor.
Seekor kucing belang berekor pendek dan berbulu bersih dijumpai mati tersepit bawah roller shutter.
Kes kematian ini seolah-olah sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing sewaktu roller shutter sedang turun perlahan untuk menutup pintu ruang ATM.”
Jelas mereka, kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi roller shutter kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan kucing akan berlari pergi.
Seolah-olah badan kucing sengaja ditahan hingga leher kucing tersepit.
Scene tragis itu disedari orang awam hanya pada pukul 3 pagi yang kemudian dilaporkan kepada Persatuan Haiwan Malaysia pada pukul 4.30 pagi.
Anggota bomba mengeluarkan mayat kucing yang tersepit.
Umumnya, setiap bank akan menutup pintu roller shutter di ruang mesin ATM bermula 12.00 malam dan hanya buka semula pada 6 pagi.
Bayangkan kucing tu terseksa berapa lama sebelum menghembuskan nafas terakhir…
“Selain mengharapkan CCTV daripada pihak bank untuk menyaksikan kejadian sebenar. Mana-mana individu yang ada melihat kejadian sewaktu pintu roller shutter tertutup diminta berkongsi maklumat kepada Animal Malaysia.”
Sekiranya ada yang mahu tampil beri maklumat, boleh hubungi nombor www.wasap.my/+601120901097 dengan kadar segera supaya pelakunya jika ia benar-benar dizalimi. Untuk info lebih terperinci boleh baca di posting asal.
Baca : Remaja Lempar Kucing Demi Content TikTok, Akhirnya Ditahan Polis