in

‘Tak reti pasang, jangan pasang’ – 5 Individu Ditahan Selepas Pasang Jalur Gemilang Terbalik

Gambar Hiasan 2 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, isu bendera terbalik bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara ini sangat serius memandangkan ia seolah-olah menghina lambang negara kita yang dicintai ditambah pula dengan kita bakal menyambut kemerdekaan kali ke 63 hujung minggu ini.


Namun semalam, tular satu video sebuah lori sampah yang memasang bendera berkemungkinan untuk menyambut bulan kemerdekaan pada tahun ini, tapi malangnya bendera yang dipasang tersebut dalam keaadaan terbalik.

Menurut Berita Harian, Pengadu lelaki berusia 36 tahun itu kemudian memberhentikan lori berkenaan dan menegur pemandunya berkenaan bendera yang terletak di lorinya itu.

Kes lori KDEB Waste Management pasang Jalur Gemilang terbalik..Lokasi : Bandar Country Homes,RawangVideo : Ahmad Khan#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Ahad, 23 Ogos 2020

Bagaimanapun seorang pemandu lori sampah warga tempatan serta empat pekerja warga Bangladesh itu kemudiannya ditahan polis selepas dikesan memasang bendera Malaysia secara terbalik.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian berkenaan dikesan berlaku di hadapan masjid Bandar Country Homes Rawang

“Pengadu kemudian membuat laporan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” 

Arifai berkata, pihaknya menahan pemandu berusia 48 tahun itu bersama empat pekerja syarikat yang juga warga Bangladesh berusia antara 30-43 tahun pada jam 7.30 malam tadi.

 

Baca:  ‘Tak perasan’ – Alasan Peniaga Lepas Ditahan Polis Sebab Pasang Bendera Terbalik

Capture 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.