fbpx
in

“Tak rasa macam dah too far ke?” – Covid-19 : Pakar Jelaskan Kena Pakai Mask Masa Hubungan Intim?

Intim

Nampaknya seluruh negara sekarang seperti dah membiasakan diri memandangkan majoriti negara di dunia ini melakukan perintah berkurung ataupun perintah kawalan pergerakan, ramai yang dah boleh melakukan aktiviti terluang di untuk menghilangkan kebosanan mereka.

Langkah-langkah pencegahan juga ramai dah mula lakukan dan menjadi satu norma dalam kehidupan harian mereka. Cuma, pasal kajian terbaru oleh pakar yang di kongsikan menerusi Mirror Online  ni rasa macam too far tapi ada juga logiknya.

Menjalinkan hubungan intim juga boleh menyebabkan Coronavirus (Covid-19) ini merebak, jadi pasangan diasarankan untuk membuat langkah pencegahan di bilik mereka.

 

Boleh merebak menerusi mulut, terdapat virus dalam sampel air mani bekas pesakit Covid-19

‘Langkah pencegahan’ yang dimaksudkan itu termasuklah elak daripada bercumbu, kena mandi sebelum dan selepas menjalinkan hubungan intim bahkan kena pakai pelitup muka ketika melakukannya!

Menerusi satu kajian, seorang pengkaji dari Harvard University, memberi peringkat senario seksual yang berbeza, berdasarkan bagaimana boleh menghidap coronavirus semasa melakukannya.

Menurutnya ‘berpantang’ dan onani dinilai sebagai aktiviti seksual yang ‘berisiko rendah’, sementara hubungan seks dengan orang rumah, mahupun dengan orang lain digolongkan sebagai aktiviti ‘berisiko tinggi’ terdedah dengan virus tersebut.

Walaupun para penyelidik mengakui bahawa ‘berpantang’ itu tidak mungkin dilakukan oleh banyak orang, mereka meminta orang untuk mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan risiko penyebaran virus.

Dalam kajian mereka, yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine, para penyelidik, yang diketuai oleh Dr Jack Turban, menulis:

Bagi beberapa pesakit, pantang sepenuhnya dari aktiviti seksual secara langsung bukanlah matlamat yang mudah dicapai.

Dalam situasi seperti ini, melakukan hubungan seks dengan orang-orang terdekat mereka yang turut mengkuarantinkan diri adalah pendekatan yang paling selamat

“Pesakit juga harus diberikan informasi tentang bagaimana mengurangi risiko jangkitan kelamin lain serta pentingnya penggunaan kontraseptif yang berterusan selama ini untuk mencegah kehamilan yang tidak diinginkan.”

Kajian itu dilakukan sejurus selepas seorang pakar mendakwa bahawa pesakit koronavirus yang pulih harus mengelakkan seks selama 30 hari.

Veerawat Manosutthi, seorang pakar perubatan kanan di Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, telah menasihatkan bahawa pesakit yang telah sembuh daripada COVID-19 harus menghindari intim selama 30 hari, malah telah diberi amaran agar tidak mencium.

Khaosod English, Manosutthi berkata, mereka yang percaya diri mereka bebas dari virus harus menggunakan kondom ketika melakukan hubungan intim

“Mencium juga harus dihindari karena diketahui juga dapat menyebar melalui mulut.”

Tambah Manosutthi, ia berdasarkan kajian terbaru yang ditemui kerana terdapat virus dikesan dalam air mani mereka.

Dalam kajian itu, para penyelidik dari Shangqiu Municipal Hospital mengambil sampel air mani dari 38 pesakit koronavirus lelaki di wilayah Henan, China.

Pasukan itu menganalisis sampel pada 26 Januari dan sekali lagi pada 16 Februari,  mendapati bahawa 16% lelaki dikesan mempunyi virus dalam air mani mereka.

Kalau dibaca secara kasar memang nampak too far bila dah ada penjelasan sebegini baru lah kita faham.

Baca : “Kena pakai kondom” – Penyelidik China Temui Virus Covid-19 Dalam Air Mani Pesakit Yang Sudah Sembuh

Sembuh

Back to Top