“Tak ramai orang tahu” – Ini Kisah Di Sebalik Tabir Konsert Kumpulan Boboy

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pada awal tahun 2000-an dahulu, negara kita pernah dilanda fenomena dengan kehadiran kumpulan muzik seperti New Boys, Spin, Spoon, Spider dan Boboy. Ramai yang kini sudah kahwin atau pun beranak sorang dua mesti tidak asing dengan nama-nama yang disebutkan tadi.

Naqiu yang merupakan vokalis kumpulan Boboy, tidak lari dari kegilaan ini. Beliau yang kini menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-6 kembali menjadi kegilaan dan buah mulut netizen. Tidak kurang juga netizen yang tak kenal siap Naqiu ni. Okay jangan risau, admin akan share kisah di sebalik tabir konsert kumpulan Boboy ni dulu, baru korang tahu famous tak famous Naqiu ni. Korang boleh baca bebenang tweet oleh @JarrNajmuddean kat bawah ni

 

Tak ramai yang tahu

Bukan senang nak jadi krew kepada band ni. Kalau dapat peluang tu baru kita tahu macam mana kehidupan band-band favourite kita kan. Dapat first-hand experience tu yang paling bermakna tu.

Bukan artis K-Pop je peminat penuh dekat airport, band tempatan dah sampai level tu tahun 2003 dulu. Baru true fans yang betul-betul support local band.

Yang pengalaman kelakar dan tak boleh cerita tu lebih baik simpan dalam diri je. Bukan apa, takut terbuka aib tanpa sengaja pulak kan nanti. 

Zaman tu dulu semua orang dengar lagu-lagu macam tu. Iyelah mana nak ada akses kepada internet sangat kan. Dekat tv je boleh tengok. Oh majalah mangga tu legend weh dengan trademark bergambar tepi atau dalam kolam.

Maknanya betul lah tu.Tuan punya badan pun mengaku. Pergh memang betul-betul fenomena lah zaman tu.

 

Baca: “Ada teman lelaki peminat cemburu nak tikam saya” – Naqiu Boboy Dedah Pernah Jadi Mangsa Peminat Fanatik

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.