Bulan puasa ni, antara aktiviti yang digemari orang mestilah pergi ke bazar Ramadan kan? Mana taknya, kadang-kadang tu tak ada masa nak masak dekat rumah memang mengharap makanan dekat situ je lah.
Bila korang pergi bazar, mesti ada je yang orang jual dah siap bungkus kan? Biasanya kalau benda yang dah siap bungkus ni kita mestilah sedikit sebanyak tahu rupa dia macam mana walaupun tak bukak kan?
Tapi macam video yang dikongsikan oleh gadis ni di TikTok lain pulak. Dia telah beli kebab di kedai tepi jalan untuk juadah berbuka. Tapi bila bukak jadi lain pulak…
Biasanya kalau kita beli kebab, kita mesti expect untuk dapat roti pita tak pun roti wrap tu kan? Tapi gadis ni dapat lain pulak, dia dapat roti sandwich putih tu je bersama inti kebab.
Kena scam beli kebab tepi jalan. nak makan masa berbuka tu terkejut tengok dapat roti putih macam tu je. nasib inti sedap.”
@kyramali kena scam 🥺😢 beli kebab tepi jalan. nak makan masa berbuka tu terkejut tengok dapat roti putih macam tu je. nasib inti sedap 😂 #puasa #moreh #scam #kebab #terengganu #ramadan
“Dah lah roti sekeping lipat dua”
Rata-rata netizen yang melihat video ini rasa geli hati dengan nasib gadis ini dan turut mempersoalkan tindakan peniaga tersebut.
Menerusi ruangan komen, gadis ni ada juga kata harga kebab tu mungkin dalam RM2.50. Kalau harga camtu ok kot dengan roti tu kan? Cuma lagi eloklah kalau peniaga tu kasitahu awal-awal.
Baca: “Sampainya hati” – Gadis Terkejut Peniaga Bazar Menipu, Tergamak Jual Rangka Ayam Tak Disiang?