in

“Tak pernah dibuat orang” – Barang Lain Selamat, Hanya Pintu Kereta Kena Curi

3pintu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian curi kereta sering kita dengar dari masa ke masa. Ada yang hilang terus kereta, ada yang hilang barang berharga dalam kereta.

Cakap pasal kes curi kereta ni, ada satu kejadian pelik telah berlaku kepada rakan seorang pengguna Twitter ini. Bukan kereta yang hilang, tapi pintu kereta yang hilang. Yaa.. betul dah korang baca, pintu kereta yang hilang. Tak percaya? Tengok tweet @amalee17 kat bawah ni.


Screenshot 2020 12 13 at 2.36.42 PM Screenshot 2020 12 13 at 2.36.55 PM

 

Pelik betul

Menurutnya lagi, laporan polis telah dibuat berkenaan kejadian ini. Pelik betul, curi pintu je, barang lain tak sentuh pulak.

Screenshot 2020 12 13 at 2.37.09 PM Screenshot 2020 12 13 at 2.37.22 PMTakpe janji dah buat report polis tu kira boleh lah nak claim insurans kan. Eh jap, insurans cover ke kes macam ni? Tertanya-tanya gak admin pasal kes macam ni.

Screenshot 2020 12 13 at 2.38.30 PMTak tahu lah apa motif orang yang curi pintu kereta ni. Bukan senang tu nak cabut pintu kereta, mesti orang pakar yang buat ni.

Screenshot 2020 12 13 at 2.38.13 PMMungkin ada motif balas dendam, tapi macam tak berapa logik je motif tu. Baik dia buat benda lain selain cabut pintu, takdelah banyak sangat kerja kan.

Harap kejadian pelik macam ni tak berulang lagi untuk sesiapa pun. Susah tau kalau pintu kereta kena curi, habis basah dalam kereta kalau hujan.

 

Baca: “Myvi lagi?” – [Video]  Cuba Nak Elak Bayar Tol,  Driver Kena Maki Sebab ‘Cucuk’ Kereta Lain

Screenshot 2020 12 13 at 2.41.52 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.