in

“Tak pernah agresif macam ni” – Wanita Dikurung Suami Kerana Tekanan, Dedah Sikap Penyayang Sebelum Hilang Kerja

Collage 72

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sekumpulan bomba telah menyelamatkan seorang wanita yang dikurung di rumahnya sendiri bersama dua anaknya di Senawang oleh suaminya yang dipercayai mengalami tekanan.

Macam yang ramai tahu, sejak pandemik melanda dunia tahun lepas, semakin ramai orang alami tekanan akibat kehilangan kerja dan pendapatan.


Menurut Harian Metro, wanita yang dikurung, Nur Asma Husna mengatakan, suaminya yang berusia 31 tahun itu telah mengalami tekanan perasaan akibat hilang pendapatan hingga dia bertindak mengurung Asma dan dua anaknya di rumah.

Asma berkata, selama 6 tahun perkahwinannya, suaminya itu merupakan seorang yang penyayang dan sangat mengambil berat akan keluarganya.

22Hmbomb 1624333383

Dia seorang suami dan bapa yang penyayang serta mengambil berat terhadap keluarga. Saya tak sangka dia bertindak sehingga ke tahap itu.”

Namun, dua tiga hari sebelum kejadian, wanita ini menyedari yang suaminya mula berubah sikap seperti sering termenung dan bercakap tentang perkara yang tak logik.

Sejak dua tiga hari sebelum kejadian itu, dia nampak lain, banyak termenung dan adakalanya bercakap sesuatu yang tidak logik.

“Bila saya tanya dia enggan jawab dan kalau jawab pun hanya sepatah. Dia kelihatan tidak stabil ketika itu, tapi saya hanya fikir positif dan tidak sama sekali menyangka sesuatu yang tidak baik.”

Pun begitu, pada malam hari kejadian, suaminya itu telah bertindak agresif secara tiba-tiba termasuk rosakkan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun pada malam hari kejadian itu secara tiba-tiba dia bersikap lain termasuk merosakkan telefon saya.

“Melihat kepada keadaan diri dan tindakannya itu, saya menjadi takut lalu keluar dari rumah menjerit dan meminta pertolongan jiran.”

Tambah wanita ini lagi, dia telah cuba untuk berkongsi masalah dengan suaminya namun suaminya itu tak banyak bercakap.

Asma juga akui yang dia kini buntu memikirkan perihal keluarganya dan mahu bertenang sebelum mencari jalan penyelesaian.

Saya berharap ada pihak yang sudi membantu, mungkin dari segi sokongan moral dan motivasi agar suami kembali tenang.”

Sama-samalah kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ni.

 

Baca: Tertekan Tak Ada Kerja Sebab PKP, Suami Kurung Isteri & Anak Dari Dalam Rumah

Screenshot 2021 06 25 At 2.48.30 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.