Pesakit Covid-19 yang ada appointment di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) boleh terus menuju ke pusat terbsebut dengan kenderaan mereka sendiri dan tak perlu menunggu ambulans.
Menurut NST, Kementerian Kesihatan dalam protokol terbarunya menjelaskan bahawa, dalam pengurusan kes Covid-19, pesakit harus memberitahu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau CAC jika mereka tidak memiliki kenderaan sendiri.
Pesakit Covid-19 yang belum dihubungi oleh Kementerian Kesihatan perlu menghubungi PKD atau melaporkan diri melalui aplikasi MySejahtera.
Malah, mereka yang positif Covid-19 akan dimaklumkan hasil ujian melalui SMS dan notifikasi di aplikasi MySejahtera, atau dari pengamal perubatan.
Carta pengurusan kes positif #COVID19 yang terkini di Malaysia.
“Apa yang perlu anda lalukan ialah kekal bertenang dan patuhi semua arahan yang dikeluarkan petugas kesihatan KKM.”
“Kekal berada dirumah. Sila asinggan diri sementara menunggu untuk dihubungi oleh PKD/CAC. Anda akan dihubungi oleh pihak PKD/CAC dan diberi temujanji untuuk hadir ke CAC.”
“Sekiranya tidakk dihubungi segera, jangan risau. Sesetengah PKD mengalami bebanan kes yang tinggi dan mungkin mengambil masa beberapa hari.”
Berikut adalah carta pengurusan kes positif #COVID19 yang terkini di Malaysia.
Apa yang perlu anda lalukan ialah kekal bertenang dan patuhi semua arahan yang dikeluarkan petugas kesihatan KKM.
Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.#JagaNegaraKita🇲🇾 pic.twitter.com/TYQP8s7Yzp
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) January 29, 2021
Sementara itu, pesakit harus melakukan self-monitoring setiap hari melalui MySejahtera di bawah tab “Perlu dilakukan”.
Maklumat mengenai gejala yang dimasukkan dalam MySejahtera akan disalurkan ke PKD atau CAC untuk tindakan lanjut.
PKD akan membuat siasatan dan pengesanan kontak rapat. Pemberian Surat Perintah dan Pengawasan di rumah (HSO). Pemakaian gelang pengawasan.
Sementara CAC akan membuat penilaian klinikal (gejala). Pemberian nasihat mengenai pemantauan kendiri. Sokongan psikososial dan penilaian keadaan rumah untuk kesesuaian pengasingan.
Tambahnya, jika pesakit memenuhi kriteria pengasingan di rumah, mereka harus melakukan pemantauan sendiri selama 10 hari melalui MySejahtera atau menggunakan Alat Bantuan Rumah yang akan diberikan.
Bagi pesakit yang tidak memenuhi kriteria, katanya, mereka akan dihantar ke Pusat Rawatan Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Covid-19 atau hospital.
Semasa di rumah, jika gejala pesakit bertambah buruk, mereka harus menghubungi CAC dan penilaian lebih lanjut akan dilakukan.
Sekiranya pesakit tidak perlu dirujuk ke hospital, mereka boleh terus melakukan pemantauan sendiri di rumah.
Baca : “Kalau hari ke-10 tak bergejala, virus tu tak boleh berjangkit dah” – DG Hisham