in

“Tak perlu bayar satu sen pun” – Pelajar Matrikulasi Tak Perlu Bayar Kompaun, Kes Selesai

Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih ingat, baru-baru ini tular kes di mana sekumpulan pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng telah dikenakan kompaun kerana tak memakai pelitup muka semasa berada dalam kawasan kolej.


Ekoran ini, enam pelajar yang dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 itu telah meluahkan kekecewaan mereka lebih-lebih lagi kerana dorang tak mampu nak bayar jumlah yang dikeluarkan oleh pihak KKM itu.

Perak Matriculation College Cafee Email 672X420 1

Namun baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar dan Teknologi Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pihaknya telah pun berjumpa dan berbincang dengan pihak kolej, Pusat Kesihatan Kampar dan Pengarah Kesihatan Perak baru-baru ini dan membuat keputusan kesemua pelajar yang terlibat tak perlu membayar kompaun yang dikenakan, lapor FMT.

Kes itu telah selesai dan pelajar terbabit tidak perlu membayar satu sen pun saman (kompaun) yang dikenakan kepada mereka jadi pelajar tidak perlu runsing…saya juga berjumpa dengan salah seorang bapa pelajar dan memberitahu kes telah selesai.

“Saya membantu untuk menyelesaikan masalah mereka kerana mereka akan menghadapi peperiksaan, saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu.”

Sebelum ini, kes enam pelajar dikompaun oleh pegawai kesihatan yang hadir ke kolej tersebut kerana kes keracunan makanan di kafe telah mendapat kritikan dari netizen lebih-lebih lagi selepas pelajar-pelajar ini tak dibenarkan untuk keluar dari kolej sejak lima bulan lalu kerana Covid-19.

 

Baca: “Amboi. Lofa kemain lama nak keluar saman” – Kes Pelajar Matrikulasi Perak Kena Kompaun, Ini Respon DG Hisham…

Screenshot 2021 04 28 At 12.46.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.