in

“Tak payah nak curi duit rakyat” – TMJ Bagi Sumbangan Bantu Orang Muar Tapi Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat Syed Saddiq?

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah membuat challenge di mana, sekiranya beliau berjaya dapatkan bantuan sebanyak RM200,000 untuk membeli 100 laptop dalam masa 5 hari bermula 26 Disember lalu, dia akan botakkan kepalanya.


Tujuan cabaran ini dibuat adalah untuk membeli komputer riba dan berikan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Muar sebagai salah satu inisiatif “1 keluarga, 1 laptop”.

Sejak semalam, Syed Saddiq telah pun berjaya mengumpul RM61,410 dan lebih mengejutkan lagi, hari ini, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim telah pun memberikan sumbangan sebanyak RM30,000! Lebih dari yang diminta!

Bagaimanapun, sumbangan yang diberikan oleh TMJ ini turut diselitkan dengan kenyataan pedas untuk Ahli Parlimen Muar itu yang dimuatnaik dalam Instagram peribadinya.

Cukup-cukuplah mengguna Orang Muo demi kepentingan peribadi. Lagi-lagi apabila awak tu orang Arab Singapura bukan orang Johor.”

Tmj1

Tak cukup dengan ini, TMJ turut mengatakan yang Syed Saddiq hanya tahu bercakap manakala beliau pula tahu bertindak.

Tmj2

Perbezaan antara awak dan saya, awak hanya tahu bercakap saja dari awal. Saya bertindak. (Dalam masa 2 bulan) Saya berjaya buat apa yang awak gagal lakukan dalam masa 22 bulan.”

Patik & orang Muo terhutang budi ke Tunku”

Ekoran dari ini, Syed Saddiq telah memuat naik video di Twitter mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail atas sumbangan yang diberikan dan mengatakan yang beliau dan rakyat Muar terhutang budi atas sumbangan tersebut.

Syed Saddiq juga turut menyentuh tentang pembinaan “Hub Anak Muda Muar” yang kini dipanggil Tunku Ismail Youth Centre yang akhirnya dapat disiapkan selepas tergendala ekoran isu tanah apabila TMJ perkenan dan campur tangan mengenai isu ini.

Patik juga ingin ambil kesempatan untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tunku yang telah memudahkan urusan pembinaan Hub Anak Muda Muar.”

Tak cukup dengan itu, Syed Saddiq turut memohon ampun sekiranya beliau ada menyinggung perasaan TMJ dan keluarganya.

Sebagai anak jati kelahiran Johor, yang membesar di Johor dan telah bersekolah di Johor, dan seluruh keluarga amat terhutang budi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Tunku dan seluruh keluarga sebagai pemerintah Johor Darul Takzim.”

 

Baca: ‘All the best’ – Ucapan Terima Kasih Dari TMJ Beri Bayangan Safawi ‘Confirm’ Ke Portugal?

Screenshot 2020 12 29 At 6.05.39 Pm

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.