in

‘All the best’ – Ucapan Terima Kasih Dari TMJ Beri Bayangan Safawi ‘Confirm’ Ke Portugal?

Gambar Hiasan 3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas ‘ubi’ Malaysia, Luqman Hakim berjaya menyarung jersi K.V Kortrijk dari liga Belgium semalam, peminat bola sepak tempatan dikejutkan sekali lagi dengan berita perpindahan penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid ke kelab Portugal, Portimonense S.C.


Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Martin Prest turut mengesahkan perkembangan itu melalui satu kenyataan rasmi di laman sosial Johor Southern Tigers.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai perpindahan itu tidak dapat didedahkan kerana mereka masih berada diperingkat rundingan akhir.

“Kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah”

 

View this post on Instagram

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan. Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim ——— Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to confirm that we have received an offer for Safawi Rasid from Portuguese Primeira Liga side Portimonense SC. The club believe the offer is good for both JDT and Safawi, and thus we are willing to let Safawi further his career in Europe. We are unable to reveal details of the offer as final negotiations are still ongoing. Martin Prest, Johor Darul Ta’zim FC Sporting Director Hidup Johor Demi Johor #HarimauSelatan #SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth #JDTuntukSemua #JDTforAll

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

Mengenai perpindahan Safawi Rashid yang dikatakan bakal bermain di liga Portugal itu, seolah olah sudah menjadi kenyataan apabila Tengku Mahkota Johor (TMJ) sendiri mengucapkan terima kasih atas jasa pemain itu selain mengucapkan ‘all the best’  buat pemain kebangsaan itu.

Lebih menguatkan berita perpindahan pemain kelahiran Dungun itu, TMJ turut menegaskan bahawa Safawi akan dilepaskan oleh kelabnya selepas liga berakhir.

Image From Ios

Lebih mengejutkan, tidak sampai 24 jam pengumuman rasmi daripada JDT namun sudah terdapat akaun media sosial kelab penyokong Portimonense S.C. cawangan Malaysia yang ditubuhkan untuk memberikan sokongan padu kepada Safawi Rasid.

Tinjauan di laman instagram Porimonense_MalaysiaFan mendapati akaun tersebut kini sudah hanpir mencecah 500 followers. Wow! Excited betul korang ye!

 

Baca: “Bagus dik!” Netizen Puji Semangat Luqman Hakim, Pemain Muda Malaysia Bermain di KV Kortrijk, Belgium

A 1 16

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.