in

“Tak payah dukong pun boleh jual tapiskan?” – Syarikat Penapis Air Anjur ‘Team Building’ Biar Wanita Bukan Mahram Duduk Atas Bahu Lelaki

Covid 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan sekumpulan kakitangan syarikat penapis air telah menjadi tumpuan warganet di Facebook kerana melakukan perkara yang boleh dikatakan kurang enak bila dipandang.


Ia viral sejak dimuat naik 2 Oktober lepas, dan kini telah meraih 12,000 jumlah shares di Facebook. Rata-rata netizen bengang melihat aksi mereka, kerana menurut perkongsian daripada Marhaen TV, mereka semua ni bukan mahram.

 

“Nak buat team building tapi tak pandai, ini lah hasilnya”

Menurut sumber, syarikat itu ada buat Team Buildiing dan ada buat permainan sesama sendiri, orang yang merakam gambar ini adalah isteri kepada salah seorang lelaki yang menyertai permainan ini.

Katanya, lelaki kena dukung wanita lain, baginya idea permainan ini dikira melanggar batas lelaki dan perempuan dalam Islam biarpun semua pemain itu dikatakan telah berkahwin.

Coway

Ramai netizen yang bengang dan mengecam penganjur yang tak peka dan  dikatakan tidak menjaga sensitiviti dalam pergaulan terutamanya sesama muslim.

Malah, ramai juga yang menghentam mereka yang tidak menjaga penjarakan sosial pada musim-musim pandemik ini.

 

Tak payah dukong pun boleh jual tapiskan? – Netizen

Penapis Penapis2 Penapis3 Penapis4

Aduiihai, harap lepasni dapat lah perbaiki semula kalau nak buat team building. 

 

Baca : [Video] Bengang Gara-gara Kena ‘Red Card’ Sebab Siku Pemain, Goal Keeper Buat Provoke Sampai Kena Belasah Dengan Team Lawan?

Team

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.