in

Tak Munasabah! Lelaki Ini Dikenakan Kos Rawatan RM32,800 Oleh Sebuah Pusat Perubatan Islam

Featured 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain penyakit yang boleh dirawat oleh doktor bertauliah di mana-mana klinik atau hospital, kita juga terdedah dengan penyakit-penyakit ‘misteri’ yang perlu dirawat dengan perubatan Islam. Tapi apa perasaan anda jika harga yang perlu dibayar untuk sesebuah rawatan itu sangat mahal?

Logikkah jika harga perubatan Islam mencecah sehingga puluhan ribu? Baru-baru ini kecoh mengenai post yang dikongsi oleh Sholehin Seven di Facebook.


Baca kisah selanjutnya:

Muhammad Sholehin Md Saad, 22, membuat pencarian di internet dan menjumpai Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi yang tidak terlalu jauh dari rumahnya di Masjid Tanah, Melaka selepas ibunya mengadu sakit kaki sejak Selasa yang lalu.

Memandangkan hanya pusat rawatan itu dibuka sehingga 12 tengah malam, beliau berkata mereka sekeluarga tiada pilihan lain dan terus menuju ke sana untuk merawat ibunya pada 11 Oktober lalu. Sampai di sana, mereka disambut seorang lelaki bernama Am yang memaklumkan bahawa rawatan di situ berbayar.

Tidak mahu perjalanan sejauh 61.3 kilometer sia-sia, mereka membuat keputusan untuk terus merawat ibunya.

“Saya memang terperanjat apabila dimaklumkan perlu membayar RM300 untuk proses imbasan ke atas ibu yang menanggung rasa tidak selesa akibat kesakitan.

Lelaki tersebut kemudian tanya berulang kali jika mereka benar-benar ingin meneruskan rawatan di situ. Sholehin yang ditemani isteri dan abangnya, Muhammad Saddan, 25, terus mengumpulkan duit yang ada ketika itu untuk meneruskan rawatan ibu mereka.

Selepas proses imbasan, mereka memberitahu bahawa sakit ibunya itu disebabkan terkena sihir iaitu patung dililit dawai berduri di bahagian kaki. Sihir itu mengakibatkannya terasa sakit dan mengalami masalah saraf.

“Lelaki itu kemudian menunjukkan invois senarai setiap rawatan yang perlu dijalani dengan kos RM32,800 dan sekali lagi bertanya berulang kali sama ada mahu meneruskan rawatan atau sebaliknya”

Perubatan

Kerana tidak mampu, mereka minta jumlah itu dikurangkan kepada RM22,000. Namun, setelah menyedari mereka berunding kerana kekurangan wang, ibunya terus menghulurkan gelang tangan emas yang dipakainya kepada lelaki itu.

“Saya bertanya mengapa caj rawatan dikenakan mahal, lelaki itu menyatakan jumlah terbabit adalah kos ditanggung ke atas pesakit sepanjang rawatan sehingga sembuh sepenuhnya”, kata Sholehin

Lelaki itu turut menawarkan air Yasin untuk mandian dan diminum pada harga RM40 sebotol. Namun selepas dimaklumkan bahawa mereka kehabisan duit, lelaki itu akhirnya memberikan air itu secara percuma.

Baca screenshot mesej beliau bersama lelaki bernama Am yang dikongsikan Sholehudin di Facebook nya

S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

 

Muhammad Sholehin dikatakan sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Melaka 16 October 2016. ( Mm445N ) Muhammad Sholehin Md Saad, 22, Menunjukkan Laporan Polis Dan Invois Rawatan Berjumlah Rm32,800 Yang Dicaj Oleh Sebuah Pusat Rawatan Islam Di Jasin. Str/Zairee Mohd Yasak

 

Kes ini boleh membuatkan orang ramai hilang kepercayaan kepada mana mana pusat perubatan Islam. Mungkin ada yang akan lebih memilih cara lain (bomoh mungkin?) untuk merawat penyakit misteri selepas kes ini berlaku. Apa apa pun, diharapkan ibu beliau kembali sembuh dan tindakan lanjut dikenakan jika pusat rawatan itu didapati bersalah.

Ini kah yang dinamakan penunggang agama? Apa pendapat anda?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.