in

Tak Mengarut! 6 Isi Tersirat Dari Hantu Kak Limah Yang Ramai Tak Tahu

Hkl3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti dah dengar tentang filem terbaru Mamat Khalid ‘Hantu Kak Limah’ dah mencapai lebih 9 juta penonton! Walaupun ramai je rakyat Malaysia yang enjoy filem ni tapi ada jugak yang macam tak puas hati kenapa ramai yang tengok cerita lawak bodoh macam tu.


Hkl3
sumber: iluminasi

Seorang lelaki kat Twitter ni memberikan penjelasan yang panjang lebar kenapa filem Hantu Kak Limah ni sebenarnya penuh dengan maksud tersirat dan kebanyakan orang tak perasan. Really??

Hkl1
sumber: twitter

1. Berlatarkan sungai dan sampan

Kalau korang perasan, kebanyakan background filem ni berlatarkan sungai dan sampan. Sebabnya ialah sebelum pembinaan jalan raya dan kereta api, masyarakat Melayu memang menggunakan sungai sebagai jalan perdagangan. Sampai orang Melayu dipanggil sebagai ‘orang sungai’!

Hkl5
sumber: gempak

 

2. Loghat Perak yang pelbagai

Menerusi filem Zombi Kampung Pisang pulak, kejap ada yang cakap Perak, ada pulak yang cakap utara. Yang sebenarnya, pengarah Mamat nak sampaikan yang dalam Perak tu sendiri ada banyak loghat. Loghat utara banyak belah Taiping dan loghat Perak banyak belah Kuala Kangsar dan Perak Tengah! Macam tuu…

Hkl4
sumber: blog

 

3. Mentaliti dan perangai orang Melayu

Macam babak Zul Ariffin yang cakap besar bersilat pulut bagai tapi lepas nampak je Kak Limah terus gelabah dan dia yang takut dulu. Macam tulah jugak orang Melayu yang suka berbunga-bunga tapi isinya kontang.

Hkl11
sumber: youtube

Selain tu, perangai orang Melayu yang kuat berangan, macam si Husin yang berangan bawak Harley Davidson tapi sebenarnya bawak sampan je. Watak Imuda yang sembang kencang belajar sampai ‘onosity’ (universiti) tapi darjah 6 pun tak lepas!

Masyarakat kita ni memang tak lepas cerita pasal subsidi, macam scene seorang budak dapat subsidi kerajaan lepas kutip durian. Walaupun tengah kena amuk dengan hantu, dia still tak habis-habis cerita pasal subsidi tu! Tepuk dahi!

 

4. Banyak je pekerjaan lain selain doktor

Dalam pada tu, selalunya kalau filem atau drama mesti orang highlightkan pekerjaan doktor kan? Tapi yang specialnya cerita Mamat ni, dia perkenalkan tentang jawatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP)!

Hkl6
sumber: mstar

 

4. Isu politik pun ada tau

Hkl7
sumber: blog

Lepas je PRU14 ni, makin ramai yang tak habis-habis cerita pasal politik. Dalam filem ni pun sentuh tentang isu ni tau. Contohnya macam watak Sabri Yunus yang desperate sangat nak dapatkan sokongan sampai mintak orang bunian daftar jadi pengundi! Lawaknya!

Ada juga satu babak di mana Wani bertanya “Eh kata PAS”. Sebenarnya kat situ dia nak sampaikan yang semua benda nak dipolitikkan. Sampai ‘Man to Man’ pun dia dengar UMNO.

 

5. Perempuan nak bermewah

Tentang kisah Noraini pulak yang tak tahan duduk dengan Khuda sebab kehidupan bunian yang serba mewah. Sebenarnya yang nak sampaikan ialah perempuan zaman sekarang ni yang suka hidup mewah macam dia ada kat dunia bunian. Betul ke ni?

Hkl9
sumber: youtube

 

6. Tribute filem P. Ramlee

Hkl12
sumber: mstar

Ramai netizen turut condemn yang cerita Mamat Khalid ni kebanyakannya tiru cerita P. Ramlee! Korang… dah sah-sah Mamat pernah cakap dulu yang filem tu memang dia tribute filem P. Ramlee! Main tuduh je tau…

Bukan tu je, pelakon berbakat iaitu Nam Ron pun memuji pengarah Mamat Khalid sebab jalan cerita ni yang dekat dengan kehidupan kita.

Hkl2
sumber: twitter

Bagi korang yang dah tengok cerita ni, mesti boleh relate balik kan? Tulah bila tengok satu-satu filem, kita sebenarnya kena dalaminya dan bukan tengok kosong je. Barulah faham seni!

Apa pendapat korang? Setuju tak dengan pendapat lelaki ni?

Baca: “Seram wehhhh!” – Netizen Sampai Baca Ayat Kursi Takut Tonton Pengabdi Setan!

Hkl8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.