“Tak kira ibu bapa dah berpisah, bukan begitu cara besarkan anak”-Erma Fatima Anggap Balqis Mangsa Keadaan?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ni ramai yang concern dengan apa yang berlaku terhadap pelakon cilik, Puteri Balqis.

Rata-rata menzahirkan rasa kasihan terhadap nasib yang menimpa kanak-kanak itu, termasuk sutradara terkenal Erma fatima yang merupakan salah seorang individu bertanggungjawab mengangkat bakat si cilik, Puteri Balqis.

“Balqis mangsa keadaan”-Erma Fatima

Sumber: mStar

Bagi Erma, Puteri Balqis 13 tahun merupakan anak yang pintar dan berbakat besar namun Erma menganggap Aqish sebagai mangsa keadaan, lapor Berita Harian.

Malah Erma turut mempersoalkan cara remaja yang pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu dibesarkan.

Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak.

“Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah malang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.”

Sumber: blog

Malah Erma turut bertanya mengenai pendapatan Balqis ketika aktif berlakon.

“Saya pernah dengar mereka hidup merempat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah.

“Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang,”

Malah Erma turut mempersoalkan masa depan remaja itu termasuk persekolahannya.

“Dahulu Balqis belajar dari rumah dengan menggunakan khidmat guru persendirian. Sekarang apa sudah jadi? Bagaimana dengan masa depannya?”

Sejak beberapa hari ini nama Puteri Balqis mula mendapat perhatian lepas dia membuat pengakuan dalam salah satu program di televisyen mendakwa ada masanya dia terpaksa mengikat perut dan tak jamah makanan selama beberapa hari disebabkan desakan hidup.

Namun Puteri Balqis tetap teruskan hidup dengan mencari pendapatan sendiri, hasilkan buku puisi dan jual di jalanan sambil ditemani ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Semoga Balqis terus kuat!

 

Baca : Ibu tak pernah susahkan Puteri Puteri Balqis JAWAB Soalan Nabila Huda Pasal Dia & Ibunya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.