in

“Tak fit jgn hiking” – Gadis Kongsi Pengalaman Hiking di Bohey Dulang, Trauma Lihat Mayat Diusung Turun

Pastikan Diri Fit Sebelum Hiking Insiden Bohey Dulang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini sudah menjadi trend bagi anak muda untuk join aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti hiking. Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan para hikers adalah seperti Broga Hills, Bukit Jugra, Bukit Panorama dan banyak lagilah.

Namun harus diingatkan, bagi mereka yang baru berjinak-jinak nak join hiking ni, korang kena pastikan diri korang tu betul-betul fit sebelum melakukan aktiviti ini.


Hal ini kerana kita tidak mahu insiden tidak diingini berlaku seperti yang diceritakan seorang pengguna TikTok @amizaazlin baru-baru ini.

 

“Trauma tengok dengan mata sendiri ada orang meninggal dunia” 

Menurut pengguna TikTok bernama Amiza, baru-baru ini dia telah ke Pulau Bohey Dulang, Semporna untuk hiking di sana.

Meskipun kawasan itu mempunyai pemandangan yang sangat cantik tapi dia mengakui trauma dan tidak mungkin lagi ke sana selepas melihat ada individu yang meninggal dunia sebaik saja mereka ingin memulakan perjalanan untuk naik ke atas.

@amizaazlin

Cantik sangat tapi first and last ke sini sebab trauma tengok dengan mata sendiri ada orang meninggal dunia betul2 waktu kami baru nak naik atas 💔 #fyp

♬ original sound – SMVH – sheikhasyrul

Cantik sangat tapi first and last ke sini sebab trauma tengok dengan mata sendiri ada orang meninggal dunia betul-betul waktu kami baru nak naik atas,” tulisnya.

 

“Tekan-tekan dada mangsa, bagi oxygen, tapi tak ada respon langsung” 

Disebabkan ramai yang bertanya apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana mangsa dibawa turun ke bawah, Amiza telah berkongsi lagi satu video untuk menceritakan hal tersebut.

Menurutnya, sebaik saja tiba di tempat untuk memulakan hiking, dia ternampak 6 orang renjer yang bertugas di pulau tersebut berlari-lari turun sambil membawa seorang perempuan di atas stretcher.

Terpaku semua orang tengok first responder buat CPR tekan-tekan dada mangsa, bagi oxygen, tapi takda respon langsung. 

“Sebak sedih dengar kawan mangsa meraung bangun la, bangun la,” tulisnya di dalam video.

https://www.tiktok.com/@amizaazlin/video/7029384298553707802?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8WjpYOTqtz%2FmARSD1eWrH7IVQD6E%2B4pe%2BB1VJR0%2BI8XVUn30wBnU%2F4TDM81zFa%2FZxi1bp30CeUEyE87duGgA%3D&checksum=ccc1f0303f9e1e4ecbbeb2aac8799b9679797ba9a8f6c95fb344c6cca4ea43db&language=en&mid=7016617625476156186&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=7029160182479342875&share_link_id=4BAC5997-7A8E-4300-84B4-0EA88D3BE696&source=h5_t&timestamp=1636674128&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Tambahnya lagi, petugas tadi kemudian mengusung mangsa ke bot untuk dibawa ke hospital. Mangsa dikatakan telah pengsan sekitar 500 meter di atas bukit.

Usaha para petugas dalam membawa turun mangsa ke bawah juga katanya memang mencabar kerana struktur bukit yang curam.

“Kami yang baru sampai nampak tragedi macam tu terus was-was nak hiking. Tapi teruskan juga slow-slow jalan sikit rehat. 

“Alhamdulillah selamat sampai atas dan selamat turun semula. Tapi sampai ja kat bawah, dapat berita yang mangsa dah meninggal dunia,” tulisnya lagi.

Sedih Trauma Bohey Dulang

 

“Yang tak fit tolonglah jangan paksa dorang hiking” 

Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang bersimpati dengan apa yang berlaku dan ramai yang menasihati supaya mereka yang ingin mengikuti aktiviti hiking untuk persiapkan diri dulu supaya fit dan sihat.

Jika tidak fit dan sering penat ketika menaiki ke puncak bukit, sebaiknya pendaki berehat seketika atau terus berhenti daripada melakukan aktiviti itu kerana bimbang akan berlaku kejadian tak diingini.

Hiking Kalau Fit

Takziah buat mangsa dan semoga ramai yang alert mengenai isu ini dengan membina stamina yang tinggi terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti lasak seperti hiking dan lain-lain. Safety first ya!

Baca: “Padu!” – [VIDEO] Nenek Pergi Hiking, Siap Pakai Jubah Lagi

Nenek Hiking

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.