Juita Ditangkap Kerana Rogol Ustaz Adam? Peguam Perjelas ‘Tidak Pernah Dalam Sejarah Malaysia’ Wanita Ditahan Kerana ‘Merogol’

Lega! Pasti itu yang terluah dari mulut peminat drama Nur 2 selepas drama bersiri ini melabuhkan tirainya semalam. Ending drama ni juga bagi admin sangat mengujakan lepas Ustaz Syed Hamadi akhirnya mati di tangan isterinya sendiri.

Malah si Juita yang selalu ganggu gugat perkahwinan Nur dan Ustaz Adam pun dah kena tangkap atas tuduhan ‘merogol’. Hmm tapi… korang pernah tak dengar sebelum ni tentang kes seorang lelaki ‘dirogol’? 

Menurut perkongsian seorang peguam di page Tanya Peguam Anda, tuduhan yang dikenakan terhadap Juita tu sebenarnya salah! Aikkk tapi bukan ke Juita perdaya Adam dan Adam memang tak ingat langsung yang dia ada buat apa-apa pada Juita.

Sabar dulu.. apa kata korang baca perkongsian peguam di bawah ini. 

 

“TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH MALAYSIA seorang wanita ditahan, disiasat atau didakwa kerana merogol lelaki” 

Bagi yang menonton drama Nur 2 semalam, babak Ustaz Adam membuat laporan polis atas pertuduhan telah ‘dirogol’ Juita mungkin nampak possible dan memang patut dilakukan.

Tetapi perkara ini mengikut undang-undang, ia adalah sesuatu yang salah! Menurut peguam Nor Zabetha, definisi rogol dalam Kanun Keseksaan ialah apabila seorang LELAKI membuat hubungan seks tanpa kerelaan seorang wanita. Bukan sebaliknya! 

Sumber: Facebook

 

Juita tak cukup syarat untuk jadi seorang perogol? 

Sumber: Facebook

 

“Jadi ingat ya. Rogol pelaku mesti lelaki dan mesti mangsa perempuan. Kalau lelaki dengan lelaki bukan rogol di bawah Seksyen 375”

Sumber: Facebook

Min nak ucap terima kasihlah kepada peguam atas penjelasan ni. At least dapat juga ilmu baru kan. Konklusinya, Ustaz Adam sepatutnya buat laporan polis tentang tindakan Juita memasukkan dadah dalam minuman dan bukan atas pertuduhan rogol sebab rogol itu perkataan khas yang digunakan untuk hubungan seks tanpa kerelaan yang dilakukan lelaki ke atas wanita.

So dah move on belum dari cerita Nur 2? 

Baca: “Banyak shot tak lepas LPF” – Dua Episod Sebelum Berakhir, Pengarah Nur 2 Dedah Scene Ecah Kena Balun Dengan Madi Sebenarnya Dipotong?

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!