in

“Tak boleh jual” – Peniaga Terpaksa Buang 1 Periuk Besar Sup Lepas Gagak Ditembak Jatuh Masuk Periuk

Gagak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau tinggal dekat kawasan yang banyak pokok, mesti akan selalu nampak gagak kan. Gagak ni adalah haiwan perosak dan kehadirannya selalu menganggu penduduk setempat. Sebab itu lah kadang-kadang pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan operasi menembak burung gagak.


Walau bagaimanpun, kadang-kadang tu PBT tak dapat nak kawal dekat mana burung gagak yang ditembak akan jatuh. Mereka hanya boleh kutip dan lupuskan selepas tamat operasi.

Begitulah yang berlaku kepada peniaga sup di Pulau Pinang apabila seekor gagak yang ditembak mati telah jatuh dan masuk ke dalam periuk sup mereka. Korang boleh dengar penjelasan peniaga yang terpaksa buang satu periuk sup dalam video @twincafesup di bawah.

@twincafesup

Alhamdullah tak ada rezki untuk hari tolong doakan kami dan support kami guys 😭 #rajasupno1dimalaysia #supsekoqlembu #jomtwincafe

♬ bunyi asal – Twincafesup_88 – Twincafesup_88

Artikel berkaitan: Mesra Macam Teman Lama, Aksi Suap Burung Gagak Di Kedai Mamak Raih Perhatian Warganet

Artikel berkaitan: “Lain macam kuali dia” – Disangka Singki, Netizen Terpegun Dapur Masak Chef Ini

Tak boleh jual

Rata-rata netizen bersimpati atas apa yang berlaku kepada peniaga ini. Tak kurang juga ada yang memuji tindakan mereka untuk terus membuang sup yang telah dicemari bangkai gagak itu.

Screenshot 2024 05 19 At 2.05.22 PmTakpa, benda dah jadi nak buat macam mana kan. Apa-apa pun jangan putus semangat, mungkin ada rezeki di lain hari. 

Screenshot 2024 05 19 At 2.06.21 PmMungkin lepas ni boleh fikirkan untuk masak sup dalam periuk besar macam tu di kawasan yang bertutup. Boleh elakkan dari sebarang benda yang tak diingini masuk. Semua pihak buat kerja masing-masing, kadang-kadang tu ada perkara diluar jangkaan berlaku kan. 

Screenshot 2024 05 19 At 2.07.16 PmKalau ada yang nampak update kes ni boleh share dengan min. Nak tahu gak apa jalan penyelesaian yang terbaik kalau kes macam ni berulang. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.