in

“Tak bayar lagi tapi minta baki” – [VIDEO] Dakwa Pekerja Kena Pukau, Tomok Buat Laporan Polis

Pekerja Tomok Pukau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, pukau bererti jampi serapah termasuk tangkal yang digunakan untuk memabukkan orang atau membuat orang hilang akal serta tidak dapat berkata apa-apa.

Ramai yang menggunakan ilmu hitam ini untuk memperdaya mangsa untuk mendapatkan sesuatu seperti wang atau barangan yang berharga.


Baru-baru ini, penyanyi popular Tomok yang baru menceburi bidang perniagaan mendakwa salah seorang pekerjanya telah menjadi mangsa pukau oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

https://www.instagram.com/p/Cl5Fk63pEia/

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan berkongsi video rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden tersebut di Instagram miliknya.

Dapat dilihat menerusi video itu, pekerjanya didesak untuk memberikan wang baki tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.

Difahamkan, lelaki berkenaan kemudian datang sekali lagi ke kedai minuman itu tetapi kali ini dia memberi alasan ingin menukar duit.

“Lepas tu dia terus hilang,tak tau ke mana..macam kena pukau pun yer jugak..saya baru je nak meniaga..senang-senang je dia datang ambik duit..RM 87 ringgit tu banyak,itu baru satu kedai..kalau 10 kedai dia pegi..hati hati tau guys,” tulisnya.

Dalam posting tersebut, Tomok berpesan agar orang ramai sentiasa peka dengan perkara ini dan sering berhati-hati, penyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang itu juga memberitahu beliau sudahpun membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut.

Stay alert guys! 

Baca: “Lagu legend ni!” – Netizen Teruja Dengar Anak Tomok ‘Belanja’ Lagu New Boyz

Page Tomok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.