in

“Sembunyi dalam pelampung”- Ini Taktik Baru Seludup Dadah di Tanjung Piai!

Ft Dadah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyeludupan dadah bukanlah perkara baru dalam kalangan masyarakat, hinggakan pelbagai taktik digunakan untuk memastikan stock sampai.


Semalam pihak polis menemukan modus operandi baru di Perairan Tanjung Piai, Pontian dalam rondaan Op Benteng Laut.

Rondaan pihak polis berjaya menemukan dua pelampung mengandungi dadah jenis methapethamin atau lebih dikenali sebagai syabu yang diikat pada boya. 

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata berdasarkan pemeriksaan, pihaknya berjaya menemui bungkusan dadah yang diletakkan dalam pelampung berukuran 35.56 sentimeter setiap satu.

“Apabila pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi 4.10 kilogram dadah dengan purata 1.03 kilogram setiap bungkusan yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis methapethamin atau syabu bernilai RM225,000. – Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof

Banyak tu! Kalau kena tangkap dengan polis, memang habislah!

Menurut pihak polis, pelampung tu pula dipercayai diletakkan di boya oleh pihak tertentu.

Oleh kerana kawasan boya tersebut adalah laluan kapal dagang, pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa mungkin penyeludup dari Indonesia yang akan masuk ke kawasan perairan untuk mengambil dadah di kawasan boya itu.

Licik betul mereka ni

Pihak polis berkata pelampung tersebut telah dipotong untuk mengisi dadah itu, dan kemudiannya dililit semula menggunakan pita pelekat – lapor Harian Metro

Bagi mengelakkan air memasuki pelampung yang telah dipotong, pelampung tersebut telah diikat pada tong minyak kosong.

Capture 49

Macam-macam la taktik mereka ni

Walaupun modus operandi ini pertama kali ditemui di perairan ni, namun dilaporkan sebelum ni pihak polis pernah juga mengesan kes penyeludupan dadah yang menggunakan modus operandi yang hampir serupa iaitu paket dadah diikat pada kayu pancang di persisir perairan Parit Jawa awal tahun ini.

Namun, setakat ini tiada tangkapan berjaya dibuat tapi siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan penjenayah yang terbabit dalam pengedaran dadah serta dalang jenayah rentas sempadan.

Tindakan keras akan dikenakan kepada penjenayah yang terlibat.

Sampai bila nak habis isu ni, ada je pihak yang terlibat

 

Baca : Jangan nilai masa lampau- Dulu Tokan Dadah, Kini Jadi Imam Surau

Capture 48

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.