in

“Tak ada kaitan langsung dengan saraf mata” – Doktor Jelaskan Mengenai Perubahan Mata Zahid Hamidi

Ft Dr Explain Mata Zahid 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali berkongsikan info-info yang berilmiah mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perubatan, TikToker popular @drwanshare akhirnya tampil memberi keterangan daripada aspek medikal berkenaan dengan perubahan wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia.


Dalam video penjelasannya yang berdurasi 2 minit 41 saat yang telah meraih sebanyak 274K jumlah tontonan dalam masa 19 jam ini, Dr Wan menepis respon yang diberikan oleh anaknya, Nurulhidayah Zahid yang mendakwa mata Zahid Hamidi itu mengalami masalah saraf.

 

Tak ada kaitan langsung dengan saraf mata

Tegasnya ia tiada kaitan langsung dengan saraf mata, mengambil rujukan daripada satu akaun yang khusus untuk pakar mata, Dr Wan menyatakan bahawa jangkaannya betul di mana ia adalah kesan daripada pembedahan kecil pada kelopak mata yang dinamakan Blepharoplasty.

Mengulas lanjut mengenai kaedah pembedahan ini, Dr Wan ada kongsikan sedikit info. Kaedah Blepharoplasty ini dilakukan atas faktor usia yang membuatkan kulit akan jadi lebih kendur.

“Bila kita meningkat usia, kulit tak hilang elasticity, kolagen pun makin berkurang, kedut mata akan kelihatan, macam mana nak hilangkan? Dengan hanya satu cara pembedahan iaitu Blepharoplasty di mana ia akan membuang lebihkan kedutan kulit yang membuatkan kulit di keliling kembali tegang.”

Jelasnya lagi, tujuan pembedahan ini biasanya dilakukan adalah untuk mendapatkan pandangan mata yang lebih jelas kerana ada sesetengah individu akan mengalami kelopak mata yang mengendur sehingga mengganggu penglihatan.

Namun begitu, beliau tidak menafikan ada juga segelintir individu melakukan kaedah ini adalah disebabkan untuk tujuan kecantikan.

“Jadi, aku ulang balik tak ada kaitan langsung dengan prosedur yang melibatkan saraf optik dalam mata ini, tak ada kaitan langsung!”

@drwanshare

Kalini betul2 aku explain, please komen dengan bijak… Jangan menghina atau doa yang bukan2 Kita jugak manusia biasa yang tak lari dari kesilapan…❤️ Blepharoplasty procedure adalah mencengkangkan kelopak mata #dr1share #shouldbeme #tiktokguru

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Dalam pada itu, Dr Wan juga sangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bahawa masalah mata yang dihadapi oleh Zahid Hamidi itu berlaku disebabkan lazy eye kerana perkara ini akan memakan masa untuk terjadi.

Malah Dr Wan juga menepis dakwaan kononnya TPM menghidapi Bell Palsy.

Wah admin belajar benda baru! Bagi admin tak salah kalau dia nak buat pembedahan tu jika ia mengganggu kehidupan seharian. Husnuzon sahaja ya! 

Baca : “Ohh baru tahu” – Doktor Dedah 8 Mitos Perubatan Berkaitan Makanan

2Dr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.