Tak pelik, zaman sekarang pun masih lagi ada orang yang masih menggunakan khidmat bomoh untuk mencapai sesuatu walaupun jelas ia bercanggah dengan ajaran Islam.
Ini juga apa yang berlaku dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal selepas didera rakan sekuliahnya.
Bercakap dengan FMT, bapa arwah Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros mengatakan yang dia yakin anaknya itu akan hidup lagi hari ini jika dia tidak difitnah oleh bomoh.
Anak saya mangsa fitnah bomoh. Dia tak bukti, main serkap jarang, tengok mangkuk ke, apa ke… Tak ada bukti, timbul (nama) anak saya.”
Semasa perbicaraan kes pada 16 Mei 2018 lalu, seorang bomoh Abdullah Md Seh juga merupakan bapa kepada salah seorang tertuduh Muhamad Ashraf Abdullah memberitahu mahkamah yang dia mendapat ‘petunjuk’ arwah Zulfarhan telah mencuri komputer riba.
Katanya, petunjuk tersebut didapati melalui gerak hati serta melihat nama mangsa timbul di pandangan.
Tambah Zulkarnain, dia dan isterinya turut tidak dapat mengetepikan hakikat yang anak sulungnya itu diseksa selama dua hari berturut-turut.
Ada dua hari arwah anak saya diseksa. Pada 21 dan 22 haribulan (Mei 2017). Kalau kata tanpa niat, kita boleh terima kalau 21 haribulan sahaja.
“Ini dah masuk hari kedua, adakah tanpa niat? Dua hari berturut-turut. Itulah saya sebagai bapa mempertikaikannya. Bukan pertikai keputusan mahkamah tapi niat mereka itu.
“Saya terpaksa reda. Anak saya sudah tiada. Saya pun maafkan mereka.”
Pada masa yang sama, bapa ini turut mempunyai harapan agar orang ramai dapat mengambil iktibar penggunaan khidmat bomoh untuk tujuan yang jelas bertentangan dengan Islam.
Tentang pakai bomoh, saya pun tak setuju. Islam cakap ia boleh (sebabkan) perpecahan, bermusuh satu sama lain, boleh buat kematian. Macam (kes) inilah.
“Dia (tertuduh) percaya bomoh, (bila) bomoh cakap orang ni (yang buat), dah anak saya dibunuh, diseterika, didera.”