Sebentar tadi, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengejutkan orang ramai apabila dia memberitahu yang bilangan kerusi parlimen telah mencukupi untuk dia bentuk kerajaan baru.
Dalam sidang medianya itu, Anwar berkata Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan dia untuk mengadap hari ini namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah kesihatan yang dialami oleh YDPA.
Ketika ditanya dalam sidang media sama ada isterinya Dr Wan Azizah akan menjadi TPM bagi kerajaan barunya itu pula, Anwar mengatakan yang Wan Azizah hanya akan menjadi penasihat dan kekasihnya sahaja.
Ekoran dari ini, sebentar tadi Khairy Jamaluddin turut memberikan komen tentang perkara ini di Twitter peribadinya memberi gambaran bahawa kerajaan Perikatan Nasional masih lagi kukuh.
Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh.”
Kenyataan yang dibuat ini mungkin merujuk kepada kenyataan Anwar yang mengatakan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh.
Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh. pic.twitter.com/Yao1At1jZf
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 23, 2020
Baca: [TERKINI] “Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh” – Sidang Media Khas Anwar Ibrahim