in

“Syurga buat mu” – Jenazah Pelumba Drag Hattem Rashdi Diiringi Lebih 3,000 Orang

jenazah hattem ramai orang datang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 12 jam bertarung nyawa, pelumba drag Hattem Rashdi meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad lepas ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.

Berita kehilangan pelumba drag berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata bersedih dengan pemergian arwah.


2023 Hattem Rashdi Malaysia Motorcycle Drag Racer 5

Artikel berkaitan: “Bukan salah Jack Carlin” – Pelumba Negara Jatuh Ketika Perlumbaan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Artikel berkaitan: Pelumba ‘Cilik’ Negara Raih Perhatian Dapat Berlatih Di Itali Bersama Fernando Alonso

Menurut Sinar Harian, jenazah Muhammad Hattem Rashdi, 22 telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Setar semalam.

Lebih 3,000 orang hadir iring jenazah Hattem 

Pemergian Hattem yang mewakili pasukan ESR Motor itu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga malah sahabat handai apabila 3,000 orang dikatakan hadir mengiring pengebumian Allahyarham dengan mengusung jenazah dari rumahnya ke Masjid Kampung Padang Lalang sejauh 250 meter.

Menerusi video yang tular, korang dapat lihat berapa orang berjalan sehingga ke hujung jalan mengiring jenazah arwah.

Difahamkan jenazah telah disembahyangkan di masjid sebelum dikebumikan di tanah perkuburan pada jam 12 tengah hari.

Dalam pada itu, dapat dilihat juga penduduk setempat hadir dan berkumpul untuk menyaksikan perjalanan terakhir arwah.

https://www.tiktok.com/@kroniex5offcial/video/7275154766261439746?q=hattem%20&t=1693965190796

“Syurga tempat mu” – Netizen 

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang sebak melihat pemergiaan pelumba tersebut.

Melihatkan ramai yang hadir ke majlis pengebumian itu, rata-rata juga bertanyakan apakah amalan arwah sehingga dia disayangi ramai.

motor

Al fatihah buat arwah… 

Sumber: Paul Tan
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.