Mimpi ngeri bagi setiap pekerja di dalam dunia ini adalah gangguan daripada majikan dan rakan sekerja ketika sedang bercuti. Jika tidak jawab panggilan, kita akan dituduh tidak bertanggungjawab. Namun jika dijawab panggilan itu, cuti kita akan terganggu dengan kerja pula. Jadi bagaimana?
Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, sebuah syarikat di India mencipta peraturan unik buat para pekerjanya. Syarikat Dream11, platform sukan fantasi yang dikendalikan oleh Harsh Jain dan Bravit Seth akan mengenakan denda buat pekerja yang mengganggu pekerja lain yang bercuti.
Difahamkan, mana-mana pekerja yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda Rs 1 Lakh (RM5,322.08).
“Banyak usaha dan masa yang dikorbankan oleh pekerja untuk menyampaikan kerja berkualiti buat syarikat kami. Apabila kejohanan besar tiba, para pekerja akan sibuk dengan kerja mereka. Namun, selepas sahaja kejohanan tamat, setiap pekerja di sini diwajibkan berehat”
“Di Dream11, kami menawarkan setiap pekerja untuk berehat dan tidak membuat kerja selama seminggu. Ya, tujuh hari tanpa sebarang tekanan kerja”, tulis mereka dalam satu kenyataan.
Polisi di syarikat itu mewajibkan setiap pekerja berehat selama tujuh hari selepas sebuah kejohanan besar berlangsung. Mereka juga melarang mana-mana pekerja mengganggu pekerja yang sedang berehat untuk tidak memberikan tekanan semasa bercuti.
Sambung wakil syarikat ini dalam satu kenyataan, mereka yakin bahawa masa berkualiti bersama keluarga atau bercuti menenangkan minda dapat meningkatkan kualiti hdup dan produktivi seseorang.
Patutkah syarikat di Malaysia buat peraturan yang sama?
Kredit: CNBC
BACA: Cuti Bersalin Naik Kepada 98 Hari, Waktu Kerja Turun Ke 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari