in

“Susah saya dan suami ajar” – Ibu Bapa OKU Kongsi ‘Struggle’ Ajar Anak Normal Buat Kerja Sekolah Undang Sebak Netizen

Ft Ibu Bapa Coda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala ramai ibu bapa bangga kongsikan anak mereka pintar, pandai membaca dan mengira seawal darjah 1, ada ibu bapa lain yang mempunyai cabaran besar untuk mengajar anak mereka menjadi sedemikian.

Ini kerana perkara yang membataskan ibu bapa sendiri, misalnya seperti perkongsian yang meruntun hati daripada Ikhwan Subri ini.


Artikel berkaitan: “Ibu bapa saya normal, cuma mata mereka tak nampak” – Perkongsian Anak OKU Penglihatan Buat Ramai Rasa Hiba

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Terkilan Anak OKU Dipulas Telinga Hingga Lebam Oleh Guru Pendidikan Khas

“Susah saya dan suami pekak dan bisu ajar Nafisah normal pula”

Menerusi Threads, difahamkan Ikhwan kongsikan perbualan daripada group antara ibu bapa dan guru mengenai perihal anak di sekolah.

Hatinya tersentak semasa mengajar anak menyiapkan kerja sekolah apabila terbaca perkongsian daripada ibu bapa ini.

Difahamkan, ibu bapa salah seorang murid ini merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu, namun anak mereka yang dikenali sebagai Nafisah seorang yang normal, jadi mereka mempunyai cabaran untuk mengajar Nafisah yang baru darjah 1 melakukan kerja rumah kerana batasan yang dialami mereka.

630114127 17916212973271576 584023484511520737 N

Menerusi Threads, hantaran ini telah mengundang sebak orang ramai dan rata-rata mendoakan agar adik Nafidah berjaya dan membesar dengan baik.

Ibu Bapa Okku Ibu Bapa Oku

Sekadar info, berdasarkan kisah yang dikongsikan oleh Tuan Ikhwan ini, Nafisah ini boleh dikategorikan sebagai CODA (Children of Deaf Adults). Ia merujuk kepada kanak-kanak normal yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang bisu dan pekak.

Menurut kajian, lebih daripada 90% orang dewasa pekak diketahui mempunyai anak yang mempunyai keupayaan pendengaran yang normal. Kanak-kanak ini sering mengalami cabaran komunikasi, sosial dan budaya disebabkan kekangan dalam berkomunikasi.

Sumber : Threads, News Medical Life Sciences 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.