in

“Susah nak maafkan” – [VIDEO] Bella Astillah Kerap Mimpi Ular Besar, Dakwa Terkena Sihir?

bella astillah kena sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada bulan lepas, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Ampang setelah mengalami sakit kepala yang sangat teruk, lapor Harian Metro.

Bella telah memberitahu yang dia sekarang sedang berharap pada ubat untuk kembali sembuh sepenuhnya selain meminta bantuan ustazah untuk mengubatnya di rumah.


Baru-baru ini, dia telah berkongsikan kisah seramnya apabila dia mendakwa seperti ‘diganggu’ sesuatu di dalam rumahnya sendiri.

@melodiberapi

Siapa yang sanggup buat Bella Astillah?? Tak ingat dosa ke?? #meloditv3 #fypシ #sensasi #panas #bellaastillah #sabah #fypdongggggggg #fypシ゚viral

♬ original sound – Melodi – Melodi tv3

 

Walaubagaimanapun, dia telah mendedahkan terdapat beberapa perkara pelik dan aneh yang telah berlaku ke atas dirinya dan keluarganya.

Selalu mimpi ular besar dan anak meracau setiap hari

Bella memberitahu yang anak keduanya akan meracau dan menangis yang tak berhenti setiap malam, katanya kejadian itu berlaku antara 2 pagi sehingga 4 pagi setiap hari.

Selain itu, dia juga mendakwa yang dia telah bermimpi mengenai ular yang besar, ular yang putus dan anaknya Ayden memegang ular tersebut.

Screenshot 2022 12 05 114032

“Cuma setiap hari mimpi, saya mimpi ular. Saya mengadu kepada ibu saya dan ibu saya cakap ‘kalau mimpi ular buat orang yang belum kahwin maksudnya orang masuk meminang tetapi kau dah kahwin’. Tapi tak pernah fikir tentang sihir-sihir ini.”

“Mimpi ular yang besar, ular yang putus, anak saya Ayden pegang ular itu. Saya berterima kasih sangat kepada ustaz dan ustazah yang datang ke rumah,” jelas Bella.

Bagaimanapun, Bella menyatakan keadaanya kini bertambah baik dan  menjadikan perkara ini sebagai pengajaran buat dirinya.

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga berharap agar  perkara itu tidak akan terjadi lagi selepas ini, malah akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang perkongsian di media sosial lagi-lagi melibatkan hal-hal keluarganya.

Dalam pada itu, Bella juga ada mengatakan bahawa Aliff  memahami keadaan isterinya dan memberikan sokongan sepenuhnya, katanya mereka makin kerap solat berjemaah dan mengaji di dalam rumah mereka.

Bella turut meluahkan rasa kecewa dan sedih kepada sesiapa yang sanggup membuat perkara ini kepadanya.

“Saya sangat kecewa, susah nak maafkan sebab apa yang awak buat ini sangat besar kesannya terhadap rumah tangga saya.”

Scary juga ni.. semoga urusan Bella dipermudahkan…

Baca : “Sampainya hati…”- Bella Astillah Beri Respon Berbaur ‘Kecewa’ Lepas Suami Dituduh ‘Anak Emas’ Astro

fi bella 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.