in

Suri Rumah Berputih Mata, Ditipu Lebih RM16,000 Beli Emas Di Facebook

Gambar Hiasan 2 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ini, ramai mengerumuni kedai emas terutamanya pada hujung minggu. Ia berkemungkinan harga emas yang kian meningkat sejak wabak Covid-19 melanda dunia ketika ini. Dah macam beli pisang goreng je beratur kedai emas tu…


Namun begitu, trend membeli emas ketika ini telah ‘menjerat’ seorang suri rumah apabila dia diperdaya sebanyak lebih RM16,000  dalam urusan pembelian melalui Facebook pada hujung bulan lepas lapor Sinar Harian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 38 tahun mendakwa berminat membeli rantai, gelang dan subang selepas tertarik dengan tawaran yang dibacanya pada 25 Julai lalu.

553

Mangsa mendakwa telah menghubungi nombor telefon yang tertera di laman sosial itu dan berurusan dengan seorang suspek lelaki sebelum mula membuat 12 transaksi bayaran menerusi pemindahan bank pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa suspek gagal memberikan penjelasan apabila ditanya bila boleh mendapatkan barangan tersebut pada Sabtu lepas sebelum terus gagal dihubungi selepas itu.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Karak, Bentong dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Haih..kesiannya.. dah la suri rumah.. kene scam pulak tu..

 

Baca: “Saya tak mahu duit puan” – Perompak Bersenjata Cium Dahi Warga Emas Untuk Tenangkannya Sebelum Selamba Merompak Kedai

1 12 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.