in

“Sumpah tak kelakar” – Netizen Bengang Rekaan Penanda Buku Didakwa Tak Hormat Mangsa MH370 & MH17

Untitled Design 2022 03 09T182659.638

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi MH 370 dan MH 17 sentiasa diingati oleh semua rakyat Malaysia, ia merupakan peristiwa hitam yang masih belum ada jawapan.


Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan tragedi tersebut, apatah lagi mereka yang terpaksa meratapi kehilangan orang yang tersayang sehingga ke harini. Semalam, menandakan tahun ke lapan kehilangan MH 370 dan ramai yang mengharapkan keajaiban berlaku.

Bagaimana pun, hari ini viral di laman media sosial Twitter apabila seorang individu memuat naik gambar penanda buku yang rekaannya dikatakan tidak sensitif.

Bb 1

Penanda buku yang direka seolah-olah tiket penerbangan itu menimbulkan kemarahan netizen kerana tertulis di penanda buku itu berlepas dari Kuala Lumpur dan lokasi akhirnya ‘unknown’.

Sangat tidak sensitif

Ramai netizen yang marah kerana rekaan penanda buku itu dianggap tidak sensitif dan ada juga yang mengatakan yang mereka mengambil kesempatan terhadap tragedi yang amat menyedihkan itu.

Ada juga yang mengatakan rekaan itu agak tone-deaf kerana banyak nyawa yang terkorban dan ahli keluarga mangsa tragedi itu juga masih dalam kesedihan.

Mmmmmmm

Bagaimana pun, terdapat sebuah thread di Twitter yang memberitahu buku itu antara yang paling susah untuk diterbitkan kerana mempunyai isu yang berat dan agak sensitif.

Buku itu juga diterbitkan untuk menepis konspirasi dan penulisnya bukanlah calang-calang orang, beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam yang terlibat sendiri dalam penyiasatan tragedi tersebut.

Harapnya ada penjelasan daripada pereka penanda buku tersebut pula…

Baca: #MH370: Genap 8 Tahun Hilang Dari Radar, Usaha Pencarian Akan Diteruskan Jika...

Untitled Design 2022 03 09T180832.618

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.