in

Sumpah Seranah Anak Dengan Kata Positif Bila Geram?

Didikanak Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang dah berkeluarga, macam-macam kerenah anak yang kita terpaksa hadapi.

Ada yang baik macam malaikat, tapi tak kurang juga yang degil sangat sampai boleh menguji kesabaran. Jadi apa kita patut buat bila diuji macam ni?


Di Facebook page ni, seorang lelaki berkongsi tips didikan ibubapanya yang buatkan dia sentiasa hormat dan mendengar kata walaupun dah memegang jawatan besar di sebuah syarikat.

“Boleh maki dan sumpah mereka, cuma..”

Faris mengaku dulu dirinya suka lerai barang-barang di rumah seperti basikal dan jam dinding satu persatu sehingga terpaksa dipasang semula di kedai.

Sepah
sumber: majalah pa&ma

Geram dengan keadaan ni, ibunya selalu berkata, “Along, dah berapa kali umi cakap Along degil. Umi sumpah Along jadi engineer satu hari nanti, suka sgt repair kan.”

Dan memang betul-betul dia dah jadi senior engineer dan bos kepada puluhan engineer dan technician lain.

Jadi kalau kita geram sangat dengan anak, bolehlah maki dan sumpah mereka tapi ditukar dengan perkara-perkara baik!

Jangan marah anak depan adik-beradik

Ini bagi elakkan adik-beradik lain hilang rasa hormat kepada anak tu. Walaupun mereka masih kecil, mereka juga ada maruah yang kita sebagai orang tua patut jaga.

Kid E1541817063626
sumber: khalifah didik

Tegur silap mereka secara personal dan ingatkan tanggungjawab sebagai anak yang lebih dewasa. Bila ibubapa hormat anak, adik-adik pun mesti mengikut juga.

Selalu berdoa kata-kata baik untuk anak

Semasa mereka tidur, Faris kata ayahnya selalu mengusap kepalanya sambil menyebut, “Along anak baik, Along anak ayah yang mendengar kata, Along anak soleh, anak yang pintar.”

Walaupun separuh sedar, kata-kata ni buatkan dia jadi selesa dan sentiasa berazam untuk jadi anak yang didoakan oleh si ayah.

Jadi role model kepada anak-anak

Semua ibubapa nak anak-anak hormatkan mereka mahupun jadikan anak sebagai somebody dihormati. Tapi tak mungkin terjadi kalau kita tak jadi role model.

Nak anak jadi anak yg hormat ibubapa, kita dulu kena jadi anak yang hormat parents. Nak anak jadi hafiz, kita dulu kena start hidupkan Al-Quran di rumah.

Kid3
sumber: bidadari. My

Makan bersama dalam talam atau dulang

Makan seperti ni biasa dipraktikkan pada satu masa dahulu tapi semakin dilupakan.

Tapi tanpa sedar, sebenarnya dengan cara ni merapatkan lagi hubungan antara anak-anak dan ibubapa. Selain daripada sunnah Nabi, kita sebenarnya akan lebih rapat sebab saling menyuap, berkongsi dan berebut makanan.

Itulah memori sebenar yang kita nak tanamkan kepada anak-anak, kebahagiaan di rumah dan tak segan silu menjaga satu sama lain termasuk ibu dan ayah.

Tunaikan hak anak-anak

Nak anak belajar pandai-pandai, tapi kita tak mampu sediakan environment yang selesa untuk mereka belajar. Ibarat kita tolak hak mereka untuk dapatkan ilmu.

Kid4
sumber: keluarga

Kalau tak mampu pun, kita perlu berusaha. Bila anak-anak nampak kita berusaha untuk mereka, mereka akan sedar dan ingat pengorbanan yang kita lakukan sebagai parents.

Semoga semua tips dikongsikan Faris ni dapat dipraktikkan untuk semua ibubapa kat luar sana.

Baca: Netizen Puji Ibu Kanak-kanak 7 Tahun Berjaya Didik Anak Solat Dengan Sempurna

Kidsolat Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.