in

“Sukar nak tahu siapa dijangkiti” – Dr Hisham Bimbang Kes Sporadik Di Selangor & KL Tinggi

Collage 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, total lockdown yang dijalankan oleh kerajaan sejak 1 Jun lepas telah pun memasuki minggu ketiga. Namun, jumlah harian kes Covid-19 masih berada pada paras tinggi dengan purata kes melebihi 5,000 sehari.



Tak cukup dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengutarakan kebimbangannya dengan peningkatan kes sporadik di negara ini terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Menurut Twitter rasmi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa seminggu sahaja (13 Jun hingga 19 Jun), Lembah Klang telah mecatatkan kes sporadik tertinggi di Malaysia dengan daerah Petaling mencatat sebanyak 3,905 kes, Hulu Langat 2,783 kes dan Klang dengan 2,482 kes.

553

Menurut Awani pula, Dr Hisham mengatakan Selangor terus menjadi negeri tertinggi dengan jumlah keseluruhan kes sporadik setakat ini sebanyak 151,725 diikuti Kuala Lumpur 44,517 kes dan Sarawak 44,889 kes.

Untuk pengetahuan korang, kes sporadik merupakan kes yang dikesan dalam komuniti tapi tak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster yang sedia ada.

Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, dalam komuniti ataupun dari saringan kes bergejala.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.”

Malah, dengan PKP 3.0 yang telah dibuat sejak 12 Mei lalu, kes sporadik ini masih belum menunjukkan penurunan ketara walaupun peningkatan kes-kes kluster dapat dikawal.

Tak cukup dengan itu, dengan kepadatan penduduk di Lembah Klang, lebih ramai orang terdedah dengan bahaya kes sporadik ditambah pula kebanyak kes ini tak mempunyai gejala.

Dengan erti kata lain, sukar bagi kita untuk mengetahui siapa yang mempunyai COVID-19 di kalangan kita.

“Oleh itu adalah sangat penting bagi semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing daripada bahaya COVID-19.”

Seperti biasa, Dr Hisham menggesa orang ramai untuk terus mematuhi SOP dan mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri bagi mengurangkan penularan kes sporadik dan kes jangkitan Covid-19 tak bergejala ini.

 

Baca: Kadar Jangkitan Covid-19 Turun Bawah 1.0 Kali Pertama Sejak April

Screenshot 2021 06 22 At 1.21.19 Pm

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.