FINA merupakan persekutuan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk mentadbir pertandingan antarabangsa dalam sukan air, ini termasuk sukan renang dan juga terjun.
Baru-baru ini, persekutuan tersebut mengumumkan sukan renang akan mewujudkan ‘kategori terbuka’ bagi membolehkan penyertaan atlet transgender bertanding sebagai sebahagian daripada polisi baharu.
Ini kerana persekutuan tersebut sebelum ini dikecam hebat kerana melarang atlet transgender untuk bertanding dalam kategori wanita.
“Saya tidak mahu ada mana-mana atlet diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan untuk bertanding di peringkat paling tinggi.
Saya faham mengapa atlet transgender mahu bertanding dalam kategori jantina pilihan mereka tetapi kita perlu adil dan tidak boleh pilih kasih dalam isu ini.
Saya akan menubuhkan sebuah pasukan bertindak untuk mewujudkan kategori terbuka (untuk perenang transgender) dalam beberapa kejohanan terbesar kami. Kami akan menjadi persekutuan sukan pertama berbuat demikian,” kata presiden badan pengurusan sukan renang antarabangsa FINA.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif FINA, Brent Nowicki berkata, persekutuan tersebut memutuskan untuk mengekalkan kategori lelaki dan wanita dalam sukan akuatik.
Bagaimanapun, FINA menubuhkan tiga jawatankuasa pakar dalam bidang perubatan, undang-undang dan atlet untuk menangani isu tersebut.
Ini kerana jawatankuasa perubatan mendapati bahawa lelaki yang ‘berubah’ menjadi wanita masih mempunyai beberapa kelebihan dalam bidang sukan terutama sekali dari segi fizikal, di mana mereka umumnya mempunyai paru-paru serta tulang yang lebih besar.
Agak-agak temasya Olimpik nanti ada tak kategori ni?
Baca: Atlet Renang Transgender Dicemuh Lepas Menang Dalam Acara Wanita, Peminat Dakwa Tidak Adil