Selalu kita dengar cerita di media sosial, tuan rumah spill the tea tentang penyewa yang bersikap pengotor. Namun begitu, seorang individu pula mendedahkan pengalamannya berhadapan dengan tuan rumah sewa yang bersikap kurang ajar.

Hantaran di Facebook itu menunjukkan seorang tuan rumah mempromosi rumah kampung untuk disewa di sekitar Kampung Pulau Timbul, Tunjang. Selain memberi maklumat tentang rumah, dia juga menyelitkan beberapa gambar keadaan rumah yang sangat bersih dan teratur.
Akan tetapi, seorang individu telah mendedahkan pengalamannya menyewa selama dua bulan di rumah tersebut dan menasihatkan orang ramai agar fikir masak-masak jika mahu menyewa rumah itu.
Ramai lagi penyewa sebelum saya masuk, semua sewa sebulan sahaja. Cuba fikir kenapa orang sewa dalam tempoh singkat?
Suka cakap buruk, tak pulang deposit
Tuan rumah memberitahunya, penyewa sebelum ini dihalau kerana menghisap dadah dan deposit juga tidak dipulangkan. Ketika dia melihat rumah tersebut, tuan rumah tidak meletakkan apa-apa syarat dan mereka berurusan melalui WhatsApp.
Rumah kotor, barang penuh, tak hormat privacy
Pada hari pertama, dia terkejut melihat keadaan rumah yang penuh dengan barang. Bukan itu sahaja, rumah tersebut sangat kotor dan dipenuhi tahi tikus dan cicak sedangkan tuan rumah berjanji akan membersihkan rumah itu sebelum dia masuk menyewa.
Apa yang membuatkan dia marah juga, tuan rumah tersebut tidak menghormati privacy orang lain kerana pernah sesuka hati masuk ke dalam rumah ketika suaminya sedang tidur di ruang tamu.
Artikel berkaitan: “Penyewa dari neraka” – LZS Kesal Penyewa Asnaf Tinggalkan Rumah Sewa Rosak & Kotor
Artikel berkaitan: “Berbau, sempit” – KPKT Serbu Bilik Sewa ‘Liang Lahad’ Harga RM300
Marah penyewa alihkan barang
Individu ini juga pernah dimarahi oleh tuan rumah kerana dianggap tidak memahami konsep rumah sewa. Menurutnya, penyewa hanya perlu membawa pakaian sahaja bukan bawa sekali barang yang lain.
Tuan rumah itu juga pernah mengugut akan membawa kes ke mahkamah kerana melanggar perjanjian sedangkan tiada syarat untuk tidak mengubah kedudukan barang dan membawa masuk barang lain ke dalam rumah.
Adu masalah semut tapi kena halau
Pernah dia memberitahu tuan rumah tentang masalah semut yang terlalu banyak di rumah, tetapi dia pula disuruh keluar dari rumah itu tanpa dipulangkan deposit. Akan tetapi, depositnya dapat dipulangkan kerana mereka jumpa face to face ketika menyerahkan kunci
Setiap hari spam WhatsApp
Sebelum sampai tarikh untuk keluar dari rumah itu, tuan rumah selalu spam WhatsApp dan mencaci individu tersebut.
Cepat keluar, muka tak malu, jangan tinggal satu titik pun kesan calar, jangan tinggal sisa hang, pastikan bersih macam baru masuk. Kalau hebat keluar cepat dok nganga apa lagi, malulah!
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet marah dengan sikap tuan rumah itu.

Sumber: Facebook
