in

“Menjijikkan!” – Pelajar Agama Didakwa Buat Undian Jijik, Salahguna Gambar Ustazah Jadikan Bahan Pornografi

Gangustzah

Ingatkan bila seorang wanita itu sudah menutup aurat dengan sebaiknya dia takkan kena gangguan seksual oleh mereka yang tak bertanggungjawab ini.

Namun lain pula jadinya apabila baru-baru ini, viral di media sosial gambar sekumpulan ustazah telah dijadikan bahan lucah sebuah aplikasi. 

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Singapura dan perkara tersebut telah diviralkan oleh penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebooknya.

Menurut Akhi Fairuz, berdasarkan screenshot yang dikongsikan oleh Ustaz Zahid Zin, seorang pendakwah terkenal di Singapura, satu poll undian telah dimuat naik di sebuah aplikasi memaparkan gambar-gambar sekumpulan ustazah secara random.

E2Uafa4Veaupo43

Gambar itu disusuli dengan kapsyen:

Ustazah mana patut kena g*ngb*ng?” 

Malah menurut satu portal Singapura, sejak undian tersebut dibuka pada 25 Mei lepas, ia telah mendapat lebih 1000 undian di aplikasi tersebut.

Perkara ini juga mendapat komen daripada influencer muslimah terkenal Singapura, Ustazah Fatin Afika yang berasa jijik dengan apa yang berlaku.

Jelasnya, sebelum ini juga terdapat kes gambar-gambar ustazah yang diambil daripada mana-mana video Islamik dan dipotong kepada bahagian-bahagian tertentu walaupun mereka menutup aurat dengan sempurna.

 

Isu gambar ustazah dapat perhatian Presiden Halimah Yacob 

Isu ini juga ternyata suatu hal yang serius sehingga ia mendapat perhatian Presiden Singapura sendiri, Halimah Yacob yang telah menyuarakan kebimbangannya di Facebook peribadi.

Menurut Halimah, perkara ini juga didakwa telah dilakukan oleh segelintir pelajar dalam pengajian agama dan ia membuatkan beliau bimbang jika mereka ini sesuai atau tidak untuk turun berdakwah selepas tamat pengajian nanti.

I’m deeply perturbed to read about a poll being conducted on a particular website asking people to rank the sexual…

Posted by Halimah Yacob on Thursday, May 27, 2021

 

Buat masa ini, pihak polis dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dilaporkan sedang melakukan siasatan atas kes tersebut dan diharap keadilan dapat dicapai buat ustazah-ustazah yang teraniaya.

Diharapkan semoga ustazah yang terlibat bersabar dengan apa yang berlaku. Risau kalau jadi macam ni sebab kita sendiri tak tahu gambar kita ditularkan ke laman yang entah apa-apa. 

Baca: “Tak dianggap tunggang agama” – Ustazah Asma’ Harun Jelaskan Isu Selipar ‘Muslim Friendly’

Ustazah

Sumber: Twitter